
Info Sibu
June 16, 2025 at 04:48 AM
Dua Ditangkap Pengedaran Dadah, Harta Sitaan Lebih 8 juta di Sibu
SIBU: Hasil maklumat dan risikan, sepasukan Polis telah melakukan serbuan ke atas dua buah rumah teres di Lorong Permai Jaya dan sebuah kedai di Pusat Pedada pada 12 & 13 Jun 2025. Hasil serbuan tersebut, pihak polis telah berjaya menangkap seorang lelaki berusia 52 tahun serta seorang perempuan berusia 44 tahun.
Penangkapan suspek telah membawa penemuan rampasan dadah bernilai RM532,934.40 dan sitaan harta wang tunai berjumlah RM5,157,450.00, 4 keping jongkong emas, 2 rantai emas, 3 jam tangan Rolex, 1 kereta Lexus RX350F Sport, 1 Kereta Lexus ES250 dan 1 kereta Toyota Vios.
Jumlah keseluruhan rampasan dadah dan sitaan harta adalah dianggarkan bernilai RM8,530,384.40.
Siasatan mendapati kedua-dua suspek adalah dalang utama sindiket pengedaran dadah di Sibu sejak 2015 dan memperolehi bekalan dadah dari Semenanjung Malaysia dengan menggunakan perkhidmatan kurier.
Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati atau pemenjaraan seumur hidup dan jika tidak dihukum mati dikenakan tidak kurang daripada 12 sebatan jika disabitkan kesalahan.
Pihak polis mengalu-alukan orang ramai untuk menyalurkan sebarang maklumat berkaitan aktiviti dadah melalui hotline JSJN di talian 012-2087222.
https://www.facebook.com/share/p/1C6n84HLvw/
👍
😮
👏
🫡
💉
💵
😂
😭
37