
Info Sibu
June 19, 2025 at 01:28 AM
Ops Gegar dan Ops Sapu di Sekitar Sibu
SIBU: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sarawak melalui Pasukan Tindakan Khas (PTK) telah melaksanakan "Ops Gegar" dan "Ops Sapu" di sekitar Bahagian Sibu. Operasi ini dijalankan pada awal pagi, dari jam 12.00 tengah malam hingga 3.30 pagi, dengan objektif membanteras kehadiran pendatang asing tanpa izin (PATI) di kawasan tumpuan.
Operasi yang melibatkan seramai 12 anggota PTK ini adalah hasil risikan dalaman pasukan yang menyasarkan dua buah premis di sekitar Sibu iaitu sebuah pusat hiburan (KTV) dan sebuah rumah kedai yang disyaki menjadi lokasi aktiviti dan penempatan warga asing tanpa dokumen yang sah.
Dalam serbuan ini, Pasukan Tindakan Khas (PTK) telah melaksanakan pemeriksaan ke atas seramai 110 individu dan hasilnya, seramai 84 orang telah ditahan kerana disyaki melakukan pelbagai kesalahan di bawah undang-undang imigresen.
Daripada jumlah tersebut, 67 adalah lelaki dan 17 perempuan yang terdiri daripada 3 lelaki dan 17 perempuan warganegara Indonesia, 1 lelaki warganegara Myanmar, serta 63 lelaki warganegara Pakistan. Kesemua yang ditahan dipercayai melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak memiliki pas atau permit yang sah, Seksyen 15(1)(c) akta sama kerana tinggal melebihi tempoh yang dibenarkan, serta Peraturan 39(b), Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 kerana menyalahgunakan pas lawatan atau permit yang telah diberikan.
Kesemua yang ditahan akan dibawa ke Depot Tahanan Imigresen untuk tindakan lanjut di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.
https://www.facebook.com/share/p/1ZzbzWoxv6/
👍
😮
❤️
👏
😂
🤣
37