
Masjid Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin UiTM Shah Alam
June 16, 2025 at 01:44 AM
[ #chitchat JAWI ]
Pokok kari di tepi lembah,
Pokok Pala di tepi jurah,
Bila sehari umur bertambah,
sehari pula hayat berkurang.
Pantun ini membawa maksud peringatan tentang perjalanan hidup manusia dan hakikat kematian yang tidak dapat dielakkan.
Umur yang bertambah bukan semata-mata membawa makna kita "panjang umur", tetapi juga mengingatkan bahawa tempoh hidup kita di dunia semakin singkat.
Ia mengajak kita untuk merenung nilai kehidupan, menggunakan masa dengan bijak, dan bersedia menghadapi kematian.
Nilai atau pengajaran yang boleh diambil ialah hargailah masa yang ada, gunakan hidup untuk perkara yang baik dan bermakna serta ingat bahawa hidup ini sementara jadi jangan lalai atau leka.
Sekian, wassalam.
