
Masjid Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin UiTM Shah Alam
June 16, 2025 at 02:17 PM
[ HALAQAH ILMU PERDANA 2025/2026 : SIRI 2 ]
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa Masjid UiTM Shah Alam, dengan kerjasama Majlis Pengetua, Kolej-Kolej Kediaman UiTM Shah Alam dan Sukarelawan Sahabat Masjid, akan menganjurkan Program Halaqah Ilmu Perdana Siri 2 seperti ketetapan berikut:
🗓️ Tarikh: Khamis, 19 Jun 2025
📍 Tempat: Dewan Solat Utama, Masjid Al-Wathiqu Billah Tuanku Zainal Abidin, UiTM Shah Alam
🕖 Masa: Bermula jam 7.00 malam
🕌 Atur Cara Program:
- 7.00 malam – Pendaftaran peserta
- 7.30 malam – Solat Maghrib berjemaah
- 8.00 malam – Kuliah Maghrib
- 9.00 malam – Solat Isyak berjemaah
- 9.30 malam – Bersurai
🎓 Merit disediakan kepada pelajar yang hadir
🍽️ Makanan percuma disediakan kepada 800 peserta terawal (kupon makanan akan diagihkan)
Semua warga UiTM dijemput hadir bagi memeriahkan majlis ilmu ini. Marilah kita bersama menghidupkan suasana ilmu dan ukhuwah di bulan Zulhijjah ini.
📌 Pautan Kehadiran:
https://forms.gle/QKhLFpzDsZzbnYqh6
Sekian, terima kasih.
![Image from Masjid Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin UiTM Shah Alam: [ HALAQAH ILMU PERDANA 2025/2026 : SIRI 2 ] Assalamualaikum warahmat...](https://cdn2.wapeek.io/2025/06/19/03/halaqah-ilmu-perdana-20252026-siri-2-assalamualaikum-warahmatullahi-wabarakatuh-dengan-segala-hormatnya-dimaklumkan-bahawa-masjid-uitm-shah-alam-dengan-kerjasama-majlis-pengetua-kolej-kolej-kediaman-u_585281c6f9c2357ae528d0a5d4ca18f6.webp)