Masjid Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin UiTM Shah Alam
Masjid Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin UiTM Shah Alam
June 19, 2025 at 02:22 PM
[ #lensamasjid: HALAQAH ILMU PERDANA SIRI 2 PERKUKUH PENGISIAN ROHANI WARGA UiTM ] 19 Jun 2025 (Khamis) – Universiti Teknologi MARA (UiTM) menerusi Bahagian Hal Ehwal Islam telah menganjurkan Halaqah Ilmu Perdana Siri 2 bertempat di Dewan Solat Utama, Masjid UiTM Shah Alam bermula jam 7.00 malam. Program ilmu ini menampilkan pendakwah bebas terkenal, Da’i Annas sebagai panel jemputan utama dengan tajuk perkongsian “Bicara Baik atau Diam”. Majlis ini bertujuan menyuntik kesedaran dan pemahaman yang lebih mendalam kepada warga kampus mengenai kepentingan menjaga akhlak dalam komunikasi harian serta menyeru kepada budaya berfikir sebelum berbicara. Halaqah ini mendapat sambutan menggalakkan daripada kalangan pelajar, pensyarah serta staf pentadbiran yang memenuhi ruang solat utama masjid. Penganjuran ini juga melibatkan kerjasama erat daripada Majlis Pengetua Kolej-Kolej Kediaman UiTM Shah Alam serta Sukarelawan Sahabat Masjid. Selain menjadi medan perkongsian ilmu dan pemantapan nilai spiritual, program ini juga menawarkan merit penyertaan kepada para pelajar sebagai insentif galakan ke arah pembentukan sahsiah seimbang antara akademik dan rohani. Melalui penganjuran Halaqah Ilmu Perdana secara berkala, UiTM komited untuk terus memperkasakan program kerohanian yang inklusif, bermanfaat dan relevan dengan cabaran semasa, sejajar dengan misi universiti dalam melahirkan graduan holistik dan berakhlak mulia. Sekian, wassalam. https://www.facebook.com/share/p/1CLhzQyiE2/

Comments