Wikimedia Malaysia - Kumpulan Komuniti Pengguna
                                
                            
                            
                    
                                
                                
                                June 19, 2025 at 06:39 AM
                               
                            
                        
                            Bersempena Hari Muzik Sedunia 2025, Komuniti Wikidata Malaysia akan mengadakan sebuah sesi gotong-royong menyunting data secara dalam talian. Para peserta akan menyunting, mencipta butir data mengenai karya muzik, ahli muzik, syarikat rakaman dan perkara-perkara lain yang berkaitan.
Pertemuan akan diadakan pada Sabtu, 21 Jun 2025, bermula pukul 8.00 malam, menerusi Zoom. Dalam pertemuan ini akan diadakan sesi pembelajaran asas Wikidata dan sesi menyunting.
Kepada yang berminat untuk menyertai, pastikan anda mencipta akaun Wiki, mendaftar di Zoom dan letakkan nama pengguna anda pada pautan ini : w.wiki/EHqg. 
Jumpa nanti!
#worldmusicday #wikimediamy
                        
                    
                    
                    
                        
                        
                                    
                                        
                                            ❤️
                                        
                                    
                                    
                                        2