
Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)
June 15, 2025 at 11:15 AM
UMMAH MEMIKUL AMANAH FARDU KIFAYAH
Ummah berfungsi sebagai medan dan pelaksana hukum Allah SWT dan terikat dengan amanah ubudiyyah kepada-Nya serta menyampaikan serta menegakkan kebenaran di muka bumi. Ia tidak boleh diasingkan daripada urusan pemerintahan, pendidikan, ekonomi, dan sosial. Oleh yang demikian, Ummah adalah subjek hukum yang bertanggungjawab secara kolektif untuk memastikan Islam bukan sahaja diamalkan secara peribadi, tetapi ditegakkan dalam sistem kehidupan yang menyeluruh.
#ummahfadhilahtonggakperadaban