Tarbiah Daily
Tarbiah Daily
June 14, 2025 at 07:31 AM
Begitu seronok kita melihat i$r dibantai. Sekurangnya ia menjadi satu episod gembira setelah lebih 600 hari saudara kita dibunuh kejam tanpa perikemanusiaan. Namun jangan leka walaupun dari kejauhan. Kelicikan i$R menunjukkan mereka sentiasa merancang dan berada di mana-mana. Besar pelajarannya buat kita. Perlu segera persiapkan diri dengan kekuatan iman, kesatuan dan material. Hari-hari mendatang masih jauh dan panjang. Lapangan jihad di tempat kita terbuka dalam pelbagai bentuk. Kita perlu segera mengajak umat islam kembali kepada islam, kembali kepada al-Quran, kembali kepada manhaj hidup yang ditunjukkan oleh Rasulullah saw. Usaha tarbiah dan pencerahan perlu dipergiat. Keyakinan akan janji Allah dan ganjaran berjuang di jalanNya perlu dipasak kukuh. Semakin dekat kita dengan al-Quran, semakin hampir kita dengan kemenangan. Apabila kita telah bersedia dengan syarat atau qanun an-nasr (undang-undang pertolongan Allah) yakni dengan menolong agamaNya, maka pertolongan akan tiba. Tarbiah Daily
Image from Tarbiah Daily: Begitu seronok kita melihat i$r dibantai. Sekurangnya ia menjadi satu ...
❤️ 👍 6

Comments