
Tarbiah Daily
June 15, 2025 at 10:25 AM
Kemuncak Kehinaan Umat Ini
Dikala dunia huru-hara
si kafir pula yang memujuk rayu orang Islam untuk bantu orang Islam.
Ironinya, kita pula yang menyekat.
Bukan kafir. Tapi kita sendiri.
Kita yang mengaku saudara seakidah.
Yang lebih menyedihkan…
Ada rakyat Islam kita sendiri yang mempertahankan sekatan itu.
Dengan penuh yakin, mereka berhujah:
“Atas nama kedaulatan negara dan keselamatan sempadan.”
Wallahi, ini bukan lagi soal keselamatan. Ini soal kemanusiaan.
Dan lebih dari itu — ini soal akidah.
Sempadan negara itu sendiri adalah bidaah ciptaan penjajah.
Ditarik dengan pembaris di atas peta oleh musuh Allah yang mahu memecah dan melumpuhkan kita — umat yang satu..”
“Islam tidak mengenal sempadan geografi buatan. Setiap tanah yang ditegakkan padanya hukum Allah — itulah tanah air bagi setiap Muslim.”
– Syekh Muhammad al-Ghazali | Fiqh as-Sirah
Hari ini dalam sejarah , Dunia menyaksikan
Saat si kafir menjerit untuk tolong Gaza, Umat Islam pula berkawal untuk halang bantuan masuk.
Tarbiah Daily

😢
❤️
👍
54