
Tarbiah Daily
June 16, 2025 at 03:40 PM
Pertembungan Terbaru & Fasa Terakhir
Pertembungan terbaru Iran ini membawa bisikan kuat…
Bahawa dunia sedang benar-benar menghampiri fasa terakhirnya.
Bukan baru sekali kita dengar.
Nabi dah lama pesan — dunia ini memang di hujungnya.
Tapi setiap kali ada letupan, krisis, atau kezaliman yang dunia tak peduli, bisikan itu jadi semakin keras mengetuk hati.
Akhir zaman ini bukan lagi cerita buku.
Ia sedang berlaku. Hari demi hari.
Dan di celah semua ini, satu soalan mula bergema dalam hati:
“Kita sekarang berada di fasa mana?”
Dulu saya gemar membaca & menganalisa.
Saya baca tentang peta dakwah, fasa kebangkitan, dan roadmap kemenangan.
Saya kaitkan isu Gaza, Syria, Rohingya, dan kini Iran —
Nak tahu: umat Islam ni dah di mana?
Tapi perlahan-lahan saya sedar...
- Peta itu besar, tapi aku masih kecil.
- Teori itu hebat, tapi amal aku masih cetek.
Ulama boleh bentang kronologi akhir zaman.
Pendakwah boleh laungkan visi besar ummah.
Tapi semua itu akan kekal teori
kalau aku sendiri belum tunduk sepenuhnya pada Allah.
Soalan sebenar bukan “Umat dah sampai mana?”
Tapi: “Aku sendiri dah sumbang apa pada dakwah ni?”
Sebab kemenangan Islam bukan turun kerana masa berjalan.
Tapi kerana kita sendiri bergerak.
Saat kita tunduk, melawan hawa nafsu, dan bangkit dari bisu —
itulah fasa baru sebenar.
Ibnu Qayyim pernah berkata:
“Kita tidak mampu berjihad melawan orang kafir dan munafik sebelum berjihad dengan hawa nafsu sendiri.”
Hari ini dunia menuju akhir.
Tapi adakah aku menuju akhir dengan menang dalam diri?
Atau masih hanyut… menanti orang lain ubah dunia untukku?
Mungkin sempat lihat kemenangan.
Atau mungkin hanya sempat mati —
Tapi biarlah dalam perjalanan menuju menang,
Bukan mati sebagai penonton yang tak sempat berbuat apa-apa.
Menanglah Islam dalam dirimu & qudratmu.
Di situlah segalanya bermula.
Abu Haajar
Tarbiah Daily
😢
❤️
👍
22