
Tarbiah Daily
June 19, 2025 at 01:00 AM
Dalam usaha merintis perubahan melalui tarbiah, kedudukan seorang murabbi (pendidik) adalah sangat penting sebagai enjin yang menggerakkan tarbiah.
Seorang murabbi adalah seorang ustaz yakni rujukan bagi menjawab pelbagai persoalan binaan (anak didiknya).
Begitulah Rasulullah telah menjadi rujukan dan tempat pertanyaan. Banyak ayat Al-Qur'an menyebut يسألونك yakni "mereka bertanya kepada engkau..." menunjukkan Rasulullah dijadikan rujukan pertanyaan.
Keduanya seorang murabbi di sisi lain adalah seorang sheikh atau tokoh spiritual dan kerohanian.
Seorang sheikh berperanan, antaranya memberi tazkiyah, membangkitkan semangat, menyediakan suasana tarbiah dengan kerohanian yang tinggi dan mendorong anak didiknya untuk beramal semata-mata kerana Allah swt.
Ketiga, seorang murabbi juga adalah seorang qaid yakni pemimpin qudwah yang diikuti di aspek beramal. Beliau berada di barisan hadapan menunjukkan amal yang efektif dan diyakini.
Akhir sekali, tarbiah sangat menekankan aspek insaniyah atau manusiawinya manusia. Seorang murabbi berperanan seperti seorang ayah, abang atau sahabat yang membimbing sarat dengan kasih sayang. Ia membuatkan tarbiah seperti rumah yang aman dan selesa untuk anak didiknya.
Ayuh sama-sama kita lahirkan murabbi, pendidik yang akan merintis perubahan dalam segenap aspek kehidupan.
Merintis Perubahan Dengan Tarbiah
Follow: https://t.me/pmperintis
❤️
👍
12