Tarbiah Daily
Tarbiah Daily
June 20, 2025 at 09:53 AM
“Masuklah Kau Bersama Tuhanmu…” Bila saya melihat keadaan Isr*el hari ini ,selepas bertubi-tubi serangan balas dilakukan oleh Ira saya terus teringat satu kisah yang Allah rakam dalam al-Quran. Kisah yang menyaksikan bagaimana umat terdahulu juga pernah takut, angkuh, dan bermain-main dengan perintah Tuhan. Kisah Bani Israel bersama Nabi Musa AS. Ketika Allah perintahkan mereka: “Wahai kaumku! Masuklah ke tanah suci yang telah Allah tetapkan bagi kamu, dan janganlah kamu berpaling ke belakang, kelak kamu menjadi orang-orang yang rugi.” (Surah al-Ma’idah: 21) Allah beri jaminan. Mereka hanya perlu taat, melangkah — kemenangan pasti tiba. Tapi malangnya, apa yang mereka jawab? "Wahai Musa! Sesungguhnya dalam negeri itu ada kaum yang gagah perkasa. Kami tidak akan memasukinya selagi mereka masih ada di dalamnya. Maka pergilah engkau bersama Tuhanmu dan berperanglah. Kami hanya duduk di sini.” (Surah al-Ma’idah: 24) Allahu… Kebiadaban seperti ini bukan sekadar takut. Ia adalah pengkhianatan terhadap janji dan arahan Tuhan. Tapi apa yang paling menakutkan saya… Saya nampak ayat ini sedang berulang hari ini. Dulu, watak pengecut itu ialah Bani Israel. Tapi sekarang… KITA Dulu mereka berkata, “Pergilah engkau dengan Tuhanmu.” Sekarang, umat ini pula berkata pada rakyat Palestin: “Kami doakan dari jauh… semoga Allah bersama kalian.” Sedangkan yang diminta bukan doa semata. Yang Allah mahU tindakan, keberanian, dan penyatuan. Ketika Iran melancarkan serangan, walaupun kita berbeza aliran dan mazhab, saya tak boleh nafikan satu hakikat ia mengejutkan dan menampar sombongnya bangsa Isr*el itu. Dunia telah melihat realiti pahit yang disembunyikan mereka sekian lama : Pemimpin Zionis saling bertengkar, tuduh-menuduh, ada yang mahu terus serang, ada yang sedar “kita dah jolok sarang tebuan”. Rakyat palsu mereka panik, berpusu-pusu keluar dari tanah haram, berebut tempat di bawah tanah, malah ada yang pentingkan diri sendiri melebihi orang lain. Pemimpin mereka mula merayu, mencipta naratif palsu, meminta dunia campur tangan, menunjukkan mereka sudah hilang keyakinan. Itu baru Iran. Bayangkan kalau seluruh umat Islam bergerak serentak. Bayangkan kalau negara-negara Islam yang merdeka ini benar-benar hidup dengan izzah dan keberanian. Tapi sayang… Kita lebih rela berpeluk tubuh, Dan melaungkan kepada rakyat Palestin: “Berjuanglah… bersama Tuhan kita.” Bezanya cuma satu perkataan — “Tuhan kau” vs “Tuhan kita.” Tapi natijahnya sama: Kita enggan melibatkan diri. Umat ini akan terus hilang arah, walaupun negara kita aman dan kaya. Kerana kita sedang menolak arahan Tuhan dengan cara yang lebih sopan, tapi jiwa kita tak jauh beza dengan Bani Israel. Moga kita semua memainkan peranan kita sebaiknya , dipilih Allah menjadi penerus legasi Yusha' Bin Nun , bukan kelompok sombong selain dia. Abu Haajar Tarbiah Daily
😢 ❤️ 👍 22

Comments