
Hackers Malaysia Official
June 10, 2025 at 09:05 AM
"Antivirus ni sebenarnya masih perlu ke zaman sekarang?"
Soalan ni valid, sebab:
🧠 Ramai rasa dah cukup selamat sebab tak download benda pelik
🛡️ Ada yang rasa Windows Defender je dah cukup
💻 Dan ada yang guna cracked antivirus pulak tu…
So jom cerita terus terang.
—
💡 Adakah antivirus masih relevan?
✅ Ya. Tapi bukan semua orang perlukan antivirus berbayar.
Zaman sekarang, antivirus bukan sekadar buang virus. Kebanyakan antivirus moden di datangkan dengan feature -
🔐 Protection dari phishing (link scam dalam email/SMS)
🛑 Firewall tambahan
🌐 VPN built-in
👁️ Real-time monitoring (detect benda mencurigakan dalam sistem)
—
❌ Tapi antivirus bukan jaminan yang devices korang akan kebal.
Antivirus takkan protect korang dari kebodohan sendiri. Contoh:
– Korang sendiri klik link pelik
– Download software crack
– Install benda dari website meragukan
– Guna password sama kat semua akaun
Kalau korang buat semua tu, antivirus pun give up.
—
🆚 Percuma vs Berbayar?
🟢 Windows Defender (Percuma)
→ Cukup power untuk user biasa yang hati-hati
→ Selalu update, ada basic real-time protection
🔵 Antivirus berbayar (contoh BitDefender, Kaspersky, ESET)
→ Lebih bagus untuk user yang selalu:
1. Download software dari internet
2. Guna pendrive sana sini
3. Buka email pelik hari-hari
4. Urus data sensitif (kerja pejabat/gomen/company)
—
🚫 Jangan guna antivirus crack
Nak selamat, tapi install antivirus crack dari Telegram atau YouTube?
Itu macam minum air filter yang dicelup racun.
Korang sendiri bukakan pintu untuk hacker masuk.
Banyak crack antivirus datang sekali dengan trojan yang duduk diam dalam sistem korang.
—
So apa yang korang kena tahu -
🔐 Antivirus masih perlu, tapi bergantung kepada – Cara korang guna komputer
– Tahap kesedaran korang
– Risiko kerja/aktiviti online
Kalau korang user advanced dan seorang yang bijak, guna Defender pun dah cukup.
Tapi kalau korang kerja dengan banyak files sensitif – better labur sikit untuk dapatkan antivirus premium.
TAPI INGAT
Antivirus ni cuma tools untuk bantu je. CyberSecurity sebenar, bermula dengan otak korang sendiri.
#hackersmalaysia
#antivirustakkebal
#awarenessdigital
Jom like & share 👇
https://www.facebook.com/share/p/16PNDZEWtm/
👍
📌
😇
4