Kementerian Komunikasi

Kementerian Komunikasi

490.8K subscribers

Verified Channel
Kementerian Komunikasi
Kementerian Komunikasi
June 16, 2025 at 08:43 AM
Saya berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, hari ini. Pertemuan ini membuka ruang perbincangan yang konstruktif mengenai pelbagai isu keselamatan semasa, khususnya jenayah siber, penyebaran berita palsu, serta keperluan memperkukuh keselamatan dalam ruang digital negara. Saya amat menghargai keterbukaan, komitmen serta semangat kerjasama yang ditunjukkan oleh Tan Sri dan seluruh warga PDRM dalam memperkukuh sinergi bersama Kementerian Komunikasi. Usaha berterusan ini amat penting demi memastikan persekitaran dalam talian kekal selamat, beretika dan bebas daripada ancaman yang boleh menjejaskan keharmonian masyarakat. Terima kasih atas segala sokongan Tan Sri. Semoga sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik dan dilindungi dalam setiap urusan. FB: https://www.facebook.com/share/p/12MY742mA1R/ IG: https://www.instagram.com/p/DK9HWnIB8xe/ X: https://x.com/fahmi_fadzil/status/1934529211752202466
👍 😂 ❤️ 23

Comments