
BHEA Pusat Asasi UiTM
10.0K subscribers
About BHEA Pusat Asasi UiTM
Channel ini diwujudkan untuk menyampaikan maklumat Hal Ehwal Akademik Pusat Asasi kepada pelajar dan staf
Similar Channels
Swipe to see more
Posts

*PERMOHONAN PENGEPOSAN TRANSKRIP RASMI - PELAJAR BERSTATUS TAMAT SEMESTER JAN-JUN 2025* _Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera_ , Semua pelajar yang berstatus *TAMAT* pada *SEMESTER JAN - JUN 2025* , 1) Permohonan pengeposan Transkrip Rasmi boleh dibuat melalui google forms berikut bermula pada *18 Jun sehingga 24 Jun 2025* . Pautan google forms : https://forms.gle/U5YD3d2qMdPFChdL7 2) Sila ambil tindakan *SEGERA* dan sebarang permohonan pengeposan transkrip selepas tarikh tutup tidak akan dilayan. 3) Sila baca dan faham segala panduan dan berikan maklumat yang tepat semasa mengisi borang ini. Pelajar hanya dibenarkan mengisi borang ini *SEKALI* sahaja dan tiada pembetulan boleh dibuat selepas tarikh tutup 24 Jun 2025. 4) Proses *pengeposan* akan mengambil masa yang lama mengikut jumlah permohonan pengeposan yang diterima. Bil akan dikenakan sebanyak *RM15* dan tiada pemulangan wang bayaran sekiranya pelajar menukar kaedah pengambilan transkrip secara terus serahan di kaunter. 5) Pelajar yang hendak *mengambil secara terus* secara serahan di kaunter BHEA Pusat Asasi tidak perlu untuk mengisi permohonan ini dan hanya dikenakan bil sebanyak *RM10.00* sahaja. (Tarikh dan cara pengambilan akan dimaklumkan selepas BHEA menerima cetakan transkrip rasmi daripada Bahagian Rekod & Konvokesyen UiTM Shah Alam). Segala kerjasama semua pelajar amatlah diharapkan dan diucapkan ribuan terima kasih. *Bahagian Hal Ehwal Akademik (BHEA)* Pusat Asasi 18 Jun 2025

*Etika berpakaian di atas adalah dilaksanakan termasuk memasuki Bilik/Ruang Peperiksaan*


_Assalamualaikum dan Salam Sejahtera_ . ๐ Untuk makluman semua pelajar, penilaian *SUFO* semua kod kursus Pusat Asasi telah dibuka semula di platform UFUTURE. ๐ Sila ambil tindakan *DENGAN SEGERA BUKAN DISAAT AKHI* R dan berikan penilaian yang telus untuk semua kursus. > Dan telah diberikan diberikan pada mu peluang terakhir janganlah disia-siakan agar kamu tidak tergolong orang yang rugi Sekian terima kasih. *BHEA Pusat Asasi* 4 Jun 2025


_Assalamualaikum & Salam Sejahtera_ Kepada semua pelajar Pusat Asasi UiTM yang disayangi; *PEMAKLUMAN PENTING:* *TARIKH KEPUTUSAN PEPERIKSAAN AKHIR MEI 2025, SEMESTER JANUARI - JUN 2025 (20252)* Dimaklumkan bahawa pelajar boleh menyemak Keputusan Peperiksaan Akhir Mei 2025 pada *13 JUN 2025(JUMAAT* ), jam *10:00 pagi* (sekiranya tiada masalah teknikal) di MyStudent Portal. Justeru itu, mohon semua pelajar ambil perhatian serius, prihatin dan peka terhadap perkara-perkara berikut: 1) Semua pelajar perlu menyemak Bil Student masing-masing di dalam Student Portal/ Fine Portal dan pastikan *TIADA BIL & YURAN TERTUNGGAK* . Sekiranya ada bil tertunggak mohon pelajar dapat membuat pembayaran segera. Keputusan peperiksaan *TIDAK AKAN DIPAPARKAN* sekiranya masih ada bil tertunggak. 2) Pelajar boleh menyemak keputusan HPNG UiTM dan UPU. Sehubungan itu, adalah diingatkan kepada semua pelajar untuk *MENYIMPAN* secara softcopy dan membuat *CETAKAN* keputusan tersebut untuk simpanan dan kegunaan pada masa hadapan. 3) Keputusan Peperiksaan di MyStudent Portal hanya akan dipaparkan dalam tempoh *5 HARI* sahaja dan oleh sebab itu pelajar perlu terus segera menyimpan keputusan peperiksaan. *BHEA TIDAK AKAN MELAYAN* permintaan pelajar untuk mendapatkan semula keputusan peperiksaan semester 1 atau semester 2. 4) Borang RSS boleh dimuat turun dari laman sesawang Pusat Asasi UiTM. Tempoh permohonan adalah bermula pada 13 hingga 18 Jun 2025. 5) Pelajar yang berstatus *TAMAT* akan diberikan Transkrip Rasmi Keputusan dan *bil transkrip* akan dijana dalam tempoh *2 - 3 minggu* selepas keputusan diumumkan. Mohon pelajar tidak membuat permohonan transkrip rasmi sendiri di Student Portal. Sekian, terima kasih. *Bahagian Hal Ehwal Akademik (BHEA)* Pusat Asasi UiTM 10ย Junย 2025

*PEMAKLUMAN : JADUAL UJIAN PERTENGAHAN SEMESTER JANUARI - JUN 2025 (20252) (SESI II 2024/2025)* _Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera_ Bersama-sama ini disertakan Jadual Ujian Pertengahan Semester Januari - Jun 2025 (Sesi II 2024/2025) untuk makluman dan tindakan semua pelajar Pusat Asasi UiTM. https://bit.ly/ujianFeb2025asasi *PERINGATAN MESRA:* 1. Pelajar perlu hadir ke Bilik Ujian 30 minit sebelum ujian bermula. 2. Patuh kepada Sahsiah Rupa Diri Pelajar yang telah ditetapkan oleh UiTM. 3. Pelajar adalah DILARANG membawa bahan terlarang/meniru/cubaan meniru/berhubung dengan pelajar lain semasa ujian. Pelajar yang didapati bersalah akan dikenakan tindakan Tatatertib. 4. Sekiranya perlu sila bawa sendiri kertas, alat tulis, stapler dan kalkulator (rujuk pensyarah kursus masing-masing). Sekian, harap maklum. Selamat maju jaya! *Jawatankuasa Ujian Pusat Asasi* Bahagian Hal Ehwal Akademik Pusat Asasi 7 Februari 2025

_Assalamualaikum dan Salam Sejahtera._ ๐ Untuk makluman semua pelajar, penilaian *ENTRANCE SURVEY* semua kod kursus Pusat Asasi telah dibuka semula di platform UFUTURE sehingga *9 FEBRUARI 2025* ๐ Sila ambil tindakan *DENGAN SEGERA BUKAN DISAAT AKHIR* dan berikan penilaian yang telus untuk semua kursus. > Dan telah diberikan diberikan pada mu peluang terakhir janganlah disia-siakan agar kamu tidak tergolong orang yang rugi Sekian terima kasih. *Bahagian Hal Ehwal Akademik (BHEA)* 6 FEBRUARI 2025

Assalamualaikum & Salam Sejahtera *PEMBAYARAN "YURAN PENGAJIAN" UiTM, TARIKH AKHIR ADALAH PADA 29 JANUARI 2025* Berdasarkan Peraturan Akademik Pusat Asasi Tahun 2018, saudara/i boleh diberikan status Gugur Taraf (GT) sekiranya tidak menjejaskan yuran. Sila ambil tindakan *SEGERA* pada yang *BELUM* membuat bayaran yuran sebelum diberikan Gugur Taraf (GT) . Abaikan bagi mereka yang telah membuat bayaran. Pelajar yang mendapat tajaan sila maklumkan kepada Bendahari UiTM Kampus Dengkil. Pelajar yang telah memohon penangguhan dan diluluskan tarikh akhir pembayaran adalah pada 2 Mei 2025. *Yuran Kolej boleh berhubung dengan Kolej* Saudara/i boleh menghubungi pihak kami untuk sebarang pertanyaan melalui : i. Email ke [email protected] ii. Hubungi talian 0389245383 *Bahagian Hal Ehwal Akademik (BHEA)* Pusat Asasi Universiti Teknologi MARA

_Assalamualaikum & Salam Sejahtera_ *PEMBAYARAN "YURAN PENGAJIAN" UiTM* *TARIKH AKHIR ADALAH PADA 29 JANUARI 2025* Berdasarkan Peraturan Akademik Pusat Asasi Tahun 2018, saudara/i boleh diberikan status Gugur Taraf (GT) sekiranya tidak menjejaskan yuran. Sila ambil tindakan SEGERA pada yang BELUM membuat bayaran yuran sebelum diberikan Gugur Taraf (GT) . Sila abaikan bagi mereka yang telah membuat bayaran. Pelajar yang mendapat tajaan sila maklumkan kepada Bendahari UiTM Kampus Dengkil. Pelajar yang telah memohon penangguhan dan diluluskan tarikh akhir pembayaran adalah pada 2 Mei 2025. Yuran Kolej boleh berhubung dengan Kolej Saudara/i boleh menghubungi pihak kami untuk sebarang pertanyaan melalui : i. Email ke [email protected] ii. Hubungi talian 0389245383 *Bahagian Hal Ehwal Akademik (BHEA)* Pusat Asasi Universiti Teknologi MARA

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera *Proses Entrance Survey (EES)* *6 โ 31 Januari 2025* Sila ambil tindakan *SEGERA* Sekiranya pelajar mempunyai MASALAH sila buat aduan dalam sistem tersebut rujukan: 1. Peraturan Akademik Program Asasi UiTM (Pindaan 2018) (https://drive.google.com/file/u/1/d/1tJCvkQQA9-lIQ_VNRYjBuYdcAUJ0gxnE/view?usp=sharing) 2. Kalendar Akademik Sesi II 2024/2025 Program Asasi (https://drive.google.com/file/d/1aFNq-e1T5FnL5AE7pEHT6OuVtBxg3ZRR/view) *BHEA Pusat Asasi* 28 Januari 2025