BHEA Pusat Asasi UiTM
BHEA Pusat Asasi UiTM
June 11, 2025 at 02:34 AM
_Assalamualaikum & Salam Sejahtera_ Kepada semua pelajar Pusat Asasi UiTM yang disayangi; *PEMAKLUMAN PENTING:* *TARIKH KEPUTUSAN PEPERIKSAAN AKHIR MEI 2025, SEMESTER JANUARI - JUN 2025 (20252)* Dimaklumkan bahawa pelajar boleh menyemak Keputusan Peperiksaan Akhir Mei 2025 pada *13 JUN 2025(JUMAAT* ), jam *10:00 pagi* (sekiranya tiada masalah teknikal) di MyStudent Portal. Justeru itu, mohon semua pelajar ambil perhatian serius, prihatin dan peka terhadap perkara-perkara berikut: 1) Semua pelajar perlu menyemak Bil Student masing-masing di dalam Student Portal/ Fine Portal dan pastikan *TIADA BIL & YURAN TERTUNGGAK* . Sekiranya ada bil tertunggak mohon pelajar dapat membuat pembayaran segera. Keputusan peperiksaan *TIDAK AKAN DIPAPARKAN* sekiranya masih ada bil tertunggak. 2) Pelajar boleh menyemak keputusan HPNG UiTM dan UPU. Sehubungan itu, adalah diingatkan kepada semua pelajar untuk *MENYIMPAN* secara softcopy dan membuat *CETAKAN* keputusan tersebut untuk simpanan dan kegunaan pada masa hadapan. 3) Keputusan Peperiksaan di MyStudent Portal hanya akan dipaparkan dalam tempoh *5 HARI* sahaja dan oleh sebab itu pelajar perlu terus segera menyimpan keputusan peperiksaan. *BHEA TIDAK AKAN MELAYAN* permintaan pelajar untuk mendapatkan semula keputusan peperiksaan semester 1 atau semester 2. 4) Borang RSS boleh dimuat turun dari laman sesawang Pusat Asasi UiTM. Tempoh permohonan adalah bermula pada 13 hingga 18 Jun 2025. 5) Pelajar yang berstatus *TAMAT* akan diberikan Transkrip Rasmi Keputusan dan *bil transkrip* akan dijana dalam tempoh *2 - 3 minggu* selepas keputusan diumumkan. Mohon pelajar tidak membuat permohonan transkrip rasmi sendiri di Student Portal. Sekian, terima kasih. *Bahagian Hal Ehwal Akademik (BHEA)* Pusat Asasi UiTM 10 Jun 2025
❤️ 3

Comments