
Karya PiS
168 subscribers
About Karya PiS
Similar Channels
Swipe to see more
Posts

๐๐ข๐ ๐๐๐ง๐๐ฅ: ๐ฆ๐๐๐๐ ๐ฉ๐ฆ ๐๐๐๐๐ Esok kita dah start puasa kan? Admin just nak mengingatkan yang mana satu patut jadi prioriti kita supaya pahala puasa kita lebih sempurna dengan mengamalkan yang Sunnah insyaAllah ๐ Poster ini menunjukkan panduan doa berbuka puasa berdasarkan kesahihan hadis. __ ๐๐ผ๐ฎ ๐๐ฎ๐ป๐ด ๐ฆ๐ฎ๐ต๐ถ๐ต: ุฐูุจ ุงูุธู ุฃ ูุงุจุชูุช ุงูุนุฑูู ูุซุจุช ุงูุฃุฌุฑ ุฅู ุดุงุก ุงููู ๐ง๐ฟ๐ฎ๐ป๐๐น๐ถ๐๐ฒ๐ฟ๐ฎ๐๐ถ: Zahaba az-zama'u wabtallati al-'uruuqu wa thabata al-ajru in shaa Allah ๐ง๐ฒ๐ฟ๐ท๐ฒ๐บ๐ฎ๐ต๐ฎ๐ป: "Telah hilang dahaga, urat-urat telah basah, dan pahala telah ditetapkan, insyaAllah." ๐ฆ๐๐ฎ๐๐๐ ๐๐ฎ๐ฑ๐ถ๐: Hadis ini dinyatakan hasan (baik) dan diriwayatkan dalam kitab "Sahih al-Jami'" (no. 4678). __ ๐๐ผ๐ฎ ๐๐ฎ๐ป๐ด ๐๐ต๐ฎ๐ถ๐ณ: ุงูููู ูู ุตู ุช ูุนูู ุฑุฒูู ุฃูุทุฑุช ๐ง๐ฟ๐ฎ๐ป๐๐น๐ถ๐๐ฒ๐ฟ๐ฎ๐๐ถ: Allahumma laka sumtu wa 'ala rizqika aftartu ๐ง๐ฒ๐ฟ๐ท๐ฒ๐บ๐ฎ๐ต๐ฎ๐ป: "Ya Allah, untuk-Mu aku berpuasa, dan dengan rezeki-Mu aku berbuka." ๐ฆ๐๐ฎ๐๐๐ ๐๐ฎ๐ฑ๐ถ๐: Hadis ini dinyatakan dha'if (lemah)

๐๐ ๐๐ก๐๐ก ๐ช๐ ๐๐๐ง๐๐ฆ๐๐๐๐ก Allah menjanjikan pengampunan dosa bagi sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan. Ya benar, tapi...ada syaratnya Apa syaratnya? 1. IMANAN ุฅูู ุงูุง Maksudnya di sini dia berpuasa kerana kesedaran iman dan berkeyakinan penuh terhadap kefardhuan puasa yang disyariatkan. Bukan sebab mak suruh, bukan sebab ikut kawan, bukan sebab takut orang sinis, tapi sebab dia beriman dan dia bukan sekadar puasa, juga menjaga apa saja penyebab yang boleh membatalkan atau mengurangkan pahala puasa. 2. IHTISABAN ุงุญุชุณุงุจุง Maksudnya dia ikhlas hanya mengharapkan balasan pahala dari Allah. Bukan mengharapkan hadiah raya, bukan mengharapkan pujian manusia, dan bukan mengharapkan semata nak turun berat badan. Cukup kedua-dua syarat ni biiznillah kita akan keluar madrasah Ramadhan bersama pengampunan kesemua dosa-dosa yang lalu oleh Allah SWT. -Admin

Bagaimana para ulama akidah berinteraksi dengan hadis palsu yang dimuatkan dalam kitab-kitab akidah? Kita hari ni terkejut tengok ada hadis palsu dalam kitab-kitab akidah yang dikarang ulama-ulama besar. *TT:* https://vt.tiktok.com/ZSM5pnvJv/ *YT:* https://youtu.be/TXQEvsGm-PU *FB:* https://fb.watch/y2xZJsZwpi/ *IG:* https://www.instagram.com/reel/DGpo0n0T5u_/ _______ Iklan: Kitab Terakhir di Ambang Bara https://my.shp.ee/haxDfE8

InshaAllah, kelas esok akan masuk ke bab *โTaat pemerintah: kewajipan ke atas setiap Muslimโ*, bersama Ustaz Muhammad Fashan bin Ahmad Ziadi -_hafizahullah_-. Follow: https://t.me/sharhussunnahustazfashan

Rakan-rakan yang memilih untuk memiliki buku ini bukanlah sekadar pencinta novel biasa. Tajuknya sendiriโฆ ๐พ๐๐ก๐๐ ๐๐๐๐๐โ๐๐ ๐๐ ๐ด๐๐๐๐๐ ๐ต๐๐๐. Berat. Penuh teka-teki. Seolah-olah mengajak kita menyelami sesuatu yang lebih dalam. Kenapa kalian tertarik? Ini bukan novel cinta picisan yang penuh adegan manis. Bukan juga kisah fantasi indah yang menyajikan eskapisme mudah. Sebaliknya, ini kisah yang akan membuatkan anda ๐๐๐ซ๐ก๐๐ง๐ญ๐ข ๐ฌ๐๐ฃ๐๐ง๐๐ค ๐๐๐ง ๐๐๐ซ๐๐ข๐ค๐ข๐ซ. Mengenai perjuangan. Mengenai hakikat kebenaran. Mengenai makna kehidupan yang sering kita abaikan dalam hiruk-pikuk dunia. Setiap halaman yang anda selak akan mengajak anda untuk merenung, mempertikai, dan mencari sesuatu yang lebih bermakna. Kami juga tidak mahu buku ini sekadar berlalu pergi. Jika anda selesai membaca dan rasa ingin bertanya, ingin berkongsi pandanganโkami alu-alukan. Buku ini cuma permulaan. Kita akan terus belajar. Terus mencari. Dan terus memperjuangkan sesuatu yang lebih besar daripada diri kita sendiri. #KitabTerakhirDiAmbangBara #BukuYangBuatKauFikir #PerjuanganTakBerhenti #SebuahPencarian -------------------- ๐ Dapatkan sekarang: Edisi Bhs Melayu: https://my.shp.ee/haxDfE8 English Edition: https://my.shp.ee/LJZqGmf Kredit gambar: pembaca

JANGAN ENGKAU BERTANYA DIRHAMNYA Sufyan rahimahullah pernah berkata: "ุฅูุฐูุง ุนูุงูู ุงูุฑููุฌููู ุซููุงูุซูุฉู ูููุงู ุชูุณูุฃููู ุนููู ุฏูุฑูููู ููู". โJika seseorang lelaki menanggung nafkah tiga orang (anak atau tanggungan), maka janganlah engkau bertanya tentang dirhamnya (hartanya).โ [Nafaqah โala al-โIyฤl, Ibn Abi al-Dunya (4/347, no. 440)] Ibrah dan Pengajaran 1๏ธโฃ Beban nafkah keluarga adalah tanggungjawab yang berat โข Seorang lelaki yang menanggung lebih dari tiga tanggungan tidak lagi memiliki kebebasan kewangan yang mutlak. โข Sebahagian besar hartanya digunakan untuk keluarganya, maka janganlah mempertikaikan keadaan kewangannya. 2๏ธโฃ Jangan menilai seseorang dari hartanya semata-mata โข Seseorang mungkin tampak sederhana atau tidak berharta, tetapi hakikatnya dia sedang berjuang demi keluarganya. โข Ukuran lelaki bukan pada jumlah hartanya, tetapi pada tanggungjawab yang dipikulnya dengan amanah. 3๏ธโฃ Kesabaran dan pengorbanan dalam mencari nafkah โข Menanggung keluarga bukan sekadar usaha fizikal, tetapi juga pengorbanan jiwa. โข Rasulullah ๏ทบ bersabda: ุฏููููุงุฑู ุฃูููููููุชููู ููู ุณูุจูููู ุงููููููุ ููุฏููููุงุฑู ุฃูููููููุชููู ููู ุฑูููุจูุฉูุ ููุฏููููุงุฑู ุชูุตูุฏููููุชู ุจููู ุนูููู ู ูุณููููููุ ููุฏููููุงุฑู ุฃูููููููุชููู ุนูููู ุฃูููููููุ ุฃูุนูุธูู ูููุง ุฃูุฌูุฑูุง ุ ุงูููุฐูู ุฃูููููููุชููู ุนูููู ุฃููููููู " โSatu dinar yang engkau belanjakan di jalan Allah, satu dinar yang engkau berikan kepada fakir miskin, satu dinar yang engkau belanjakan untuk memerdekakan hamba, dan satu dinar yang engkau belanjakan untuk keluargamuโmaka yang paling besar pahalanya adalah yang engkau belanjakan untuk keluargamu.โ [ Riwayat Muslim ] Kesimpulan: ๐น Menafkahi keluarga adalah jihad yang tidak kelihatan di mata manusia, tetapi besar nilainya di sisi Allah. ๐น Harta seorang ayah atau suami bukanlah untuk kemewahan peribadi, tetapi amanah untuk keluarga yang dipimpinnya. ๐น Jangan bertanya tentang dirhamnya, tetapi tanyakan tentang pengorbanannyaโkerana di situlah harga sebenar seorang lelaki. -Admin M.FAZ- Follow Telegram: - Karya PiS: t.me/karyapis - Ustaz Fashan: t.me/mfazilmu

MANUSIA TELAH MENJADI SEPERTI SERIGALA! Said bin al-Haddad berkata: ูุง ุชุนุฏูู ุจุงููุญุฏุฉ ุดูุฆุงู ุููุฏ ุตุงุฑ ุงููุงุณ ุฐุฆุงุจุงู ! โJangan sesekali menganggap ada sesuatu yang lebih baik daripada bersendirian, kerana manusia telah menjadi seperti serigala!โ [Siyar Aโlam an-Nubalฤโ, 14/214] Ibrah dan Hikmah 1๏ธโฃ Kesendirian lebih baik daripada kebersamaan yang merosakkan โข Bersendirian bukan satu kelemahan, tetapi kadangkala ia adalah jalan keselamatan. โข Dalam dunia yang penuh dengan pengkhianatan, kepalsuan, dan kepentingan diri, bersendiri mungkin lebih baik daripada bersama orang yang tidak dapat dipercayai. 2๏ธโฃ Manusia boleh berubah menjadi seperti serigala โข Serigala dalam perumpamaan Arab melambangkan kelicikan, kebuasan, dan pengkhianatan. โข Said bin al-Haddad memberi peringatan bahawa manusia boleh berubah menjadi rakus, licik, dan tidak berperikemanusiaan apabila dunia dipacu oleh hawa nafsu dan materialisme. 3๏ธโฃ Bersama orang yang baik lebih utama, tetapi jika tiada, bersendirian lebih selamat โข Islam mengajar pentingnya hidup bermasyarakat, tetapi juga mengajar kita untuk berhati-hati dalam memilih sahabat. โข Jika kebersamaan membawa kepada kehancuran, kesendirian adalah pilihan yang lebih selamat bagi hati dan iman. Kesimpulan: ๐น Dalam dunia yang penuh kepalsuan, kadangkala sunyi lebih menenangkan daripada suara manusia. ๐น Kesendirian bukanlah kekurangan, tetapi kadangkala ia adalah perlindungan daripada keburukan. ๐น Lebih baik bersendirian dengan kejujuran, daripada hidup dalam keramaian yang dipenuhi pengkhianatan. Hargai persahabatan sejati, Tapi jangan takut pada kesunyian, Kerana dalam diam, kadangkala ada ketenangan. -Admin M.FAZ- Follow Telegram: - Karya PiS: t.me/karyapis - Ustaz Fashan: t.me/mfazilmu

KOD RAHSIA Antara pendekatan menarik penulis dalam novel Kitab Terakhir di Ambang Bara adalah semua simbolik yang diketengahkan dalam naratif novel ini ada kod rahsia yang tersendiri dan hanya boleh dibongkar melalui pemahaman terhadap dalil-dalil al-Quran dan Sunnah yang sahih. Pembaca perlu teliti dan sentiasa berfikir dalam beberapa bab yang terkandung dalam novel ini. Ini antara kod rahsia yang akan dibongkar dalam siri ke-2 nanti Insya Allah. Jangan lepaskan peluang untuk menyertai pengembaraan epik ini! -Admin M. Faz- #KitabDiAmbangBara #TheLastBookatTheEdgeofEmbers #AtTheEdgeofEmbers #KitabTerakhirdiAmbangBara -------------------- ๐ Dapatkan sekarang: Edisi Bhs Melayu: https://my.shp.ee/haxDfE8 English Edition: https://my.shp.ee/LJZqGmf

Gudang pahala ada di rumahmu sendiri! Kata al-แธคasan al-Baแนฃrฤซ (m. 110H): ุชุนุด โุงูุนุดุงุก โู ุน โุฃู ู โุชูุฑ โุจู โุนูููุง โุฃุญุจ โุฅูู โู ู โุญุฌุฉ โุชุญุฌูุง โุชุทูุนุง Mengembirakan ibumu dengan makan malam bersamanya, itu lebih aku sukai daripada haji sunat. [al-Jฤmiสฟ li Akhlฤq al-Rฤwฤซ wa ฤdฤb al-Sฤmiสฟ, no. 1704] Follow: t.me/karyapis WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029VaIUwR0LSmbgVtNQzL1t