
Karya PiS
March 1, 2025 at 12:44 PM
๐๐ ๐๐ก๐๐ก ๐ช๐ ๐๐๐ง๐๐ฆ๐๐๐๐ก
Allah menjanjikan pengampunan dosa bagi sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan. Ya benar, tapi...ada syaratnya
Apa syaratnya?
1. IMANAN ุฅูู
ุงูุง
Maksudnya di sini dia berpuasa kerana kesedaran iman dan berkeyakinan penuh terhadap kefardhuan puasa yang disyariatkan. Bukan sebab mak suruh, bukan sebab ikut kawan, bukan sebab takut orang sinis, tapi sebab dia beriman dan dia bukan sekadar puasa, juga menjaga apa saja penyebab yang boleh membatalkan atau mengurangkan pahala puasa.
2. IHTISABAN ุงุญุชุณุงุจุง
Maksudnya dia ikhlas hanya mengharapkan balasan pahala dari Allah. Bukan mengharapkan hadiah raya, bukan mengharapkan pujian manusia, dan bukan mengharapkan semata nak turun berat badan.
Cukup kedua-dua syarat ni biiznillah kita akan keluar madrasah Ramadhan bersama pengampunan kesemua dosa-dosa yang lalu oleh Allah SWT.
-Admin
โค๏ธ
1