
Astro AWANI
February 14, 2025 at 09:03 AM
Seorang warga emas dijatuhkan hukuman penjara dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen Seremban pada Jumaat selepas mengaku bersalah atas enam pertuduhan melakukan amang seksual dan mengugut melakukan aktiviti sosial terhadap anak saudaranya, awal bulan ini.
Hakim Datin Surita Bidin menjatuhkan hukuman penjara enam tahun bagi setiap pertuduhan dan memerintahkan hukuman terhadap lelaki berusia 63 tahun itu berjalan serentak dari tarikh dia ditangkap pada 9 Feb lepas.
Mengikut pertuduhan, tertuduh yang juga seorang pesara didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun di sebuah rumah di Seremban 2, antara 6.30 hingga 8.30 pagi pada 3 dan 4 Feb lepas.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#awaninews
😢
😂
😮
👍
🙏
22