
Astro AWANI
839.8K subscribers
Verified ChannelAbout Astro AWANI
Dapatkan perkembangan terkini setiap hari. Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) #awaninews
Similar Channels
Swipe to see more
Posts

"Kami janji nak sampai ke garisan penamat sama-sama tetapi, tak sangka dia 'pergi' dahulu." Demikian luahan Putra Hafiz Zaidi, 16, rakan kepada Muhammad Haziq Uzayr Hairudin, 16, yang meninggal dunia selepas menyertai acara merentas desa di sebuah sekolah di Sungai Petani pada Khamis. Putra bagaimanapun tidak menyangka janji yang dibuat pada pagi hari kejadian adalah pertemuan terakhir sebelum mangsa dilaporkan meninggal dunia sebaik sahaja selesai aktiviti berkenaan. Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/ #AWANInews


Bintang pop antarabangsa, Katy Perry dan wartawan Gayle King serta Lauren Sanchez yang juga tunang kepada jutawan Jeff Bezos, akan berlepas ke angkasa lepas dengan roket Blue Origin, menjadikan mereka kru penerbangan wanita sepenuhnya yang pertama dalam tempoh lebih enam dekad. Roket New Shepard, sebuah kapal angkasa suborbital setinggi 59 kaki (18 meter), akan membawa kru ini ke garis Kármán, sempadan angkasa lepas yang diiktiraf di peringkat antarabangsa, menurut kenyataan Blue Origin yang dimiliki oleh Bezos. Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com #AWANInews


Dalam usaha untuk meningkatkan kebolehpasaran graduan, Kerajaan Sabah akan menubuhkan Majlis TVET Negeri untuk membangunkan pendidikan tersebut selari dengan agenda dan hala tuju Sabah Maju Jaya. Nantikan AWANI Sabah+ setiap Khamis dan Jumaat jam 8.25 malam di semua platform Astro AWANI. #AWANISabah+ #AWANInews


*Berita yang paling mendapat perhatian di laman web Astro AWANI*| 🌥️ Setakat 8 Pagi *Berita Penuh* 🔗 https://bit.ly/3De7Dj5 🔸*PM Anwar menghadap Sultan Sallehuddin* sembah maklum pembangunan negara dan Kedah 🔸Pelajar sekolah *meninggal dunia ketika merentas desa* 🔸Tragedi *rentung lima beranak:* Sistem pendawaian elektrik bukan punca kebakaran - Bomba #AWANInews *#PilihanPembacaAWANI*

Satu memo telah dikeluarkan kepada pemimpin Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS) mengarahkan mereka untuk menetapkan prosedur bagi mengenal pasti dan menyingkirkan anggota tentera transgender. Dokumen tersebut menasihati pemimpin tentera supaya mengenal pasti sesiapa yang telah didiagnosis atau menerima rawatan untuk disforia jantina. Tarikh akhir untuk mematuhi arahan ini ditetapkan dalam tempoh 30 hari. Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/ #AWANInews


Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah meminta semua pihak tidak berterusan membahaskan soal Titah Adendum. Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Sultan Abdullah menegaskan, Titah Adendum berkenaan telah berada di bawah proses undang-undang dan semua pihak perlu menghormatinya. Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/ #AWANInews


Hari ini 78 tahun yang lalu, bermulanya episod pembunuhan beramai-ramai di Taiwan oleh Parti Kuomintang China (KMT). Selepas Perang Dunia II pada 1945, Republik China mengambil alih pentadbiran Formosa (Taiwan) daripada Jepun. Begitupun kerajaan KMT itu penuh dengan korupsi sehingga pengangguran, kebuluran melanda. Rakyat Taiwan hanya memendam geram. Hinggalah pada satu malam 27 Februari 1947 di Taipei, seorang peniaga wanita dipukul oleh ejen Biro Monopoli Tembakau kerana menjual rokok seludup. Berang, orang ramai yang menyaksikan mengerumuni ejen itu yang mahu menahan wanita tersebut. Dalam pergelutan itu, salah seorang daripada ejen melepaskan tembakan yang mengenai seorang daripada khalayak lalu ejen-ejen tersebut melarikan diri dari tempat kejadian. Insiden itu meletuskan kemarahan meluap rakyat yang sudah lama terpendam. Keesokan harinya, kira-kira 2,000 penunjuk perasaan berkumpul & berarak ke pejabat Biro Monopoli Tembakau menuntut individu terlibat dikenakan hukuman bunuh & pengarah biro letak jawatan. Kemudian mereka berarak sehingga ke pejabat Gabenor-Jeneral, Chen Yi. Di situ, tentera yang mengawal pejabat itu melepaskan tembakan ke arah penunjuk perasaan. Ramai terbunuh, sekaligus mencetuskan pemberontakan di seluruh Taiwan & rakyat bertindak menyerang pejabat-pejabat kerajaan & orang dari tanah besar China. Rakyat berjaya mengambil alih banyak kawasan & mentadbirnya dengan baik. Mereka menubuhkan satu jawatankuasa menyiasat Insiden 223 itu & menyampaikan 32 Tuntutan kepada kerajaan untuk mereformasi pentadbiran Taiwan supaya lebih terbuka, bersih & cekap. Namun, kerajaan pusat KMT menghantar angkatan bersenjata dari China & bermulalah operasi besar menghapuskan para penentang parti KMT. Harta awam dirompak & dirosakkan, rakyat diseksa, diperkosa & dibunuh sesuka hati. Dianggarkan hampir 30,000 nyawa orang awam terkorban sepanjang episod itu & untuk 38 tahun seterusnya, Taiwan diletakkan di bawah perintah undang-undang tentera. Sumber: Of Taiwan, FPRI #PeristiwaHariIni

Hada Labo mencipta sejarah dalam Malaysia Book of Records dengan penyertaan paling ramai dalam acara demonstrasi penanggalan solekan. Menurut Pengurus Jenama Kanan Hada Labo, Evonne Lai, kejayaan itu mengukuhkan status jenama kecantikan Jepun itu sebagai penyelesaian utama untuk kulit yang bersih dan terhidrat. “Pencapaian ini bukan sahaja mengukuhkan reputasi Hada Labo sebagai jenama penjagaan kulit yang berkesan, berkualiti tinggi tetapi juga menonjolkan komitmennya untuk mendidik dan melibatkan pengguna dalam rutin penjagaan kulit yang betul,” kata Evonne. Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/ #AWANInews


Yayasan Peneraju memperkenalkan skim pembiayaan fleksibel baharu sebagai usaha berterusan untuk memperluas skop inisiatif pembangunan bakat Bumiputera. Skim baharu itu menawarkan tiga pilihan fleksibel iaitu Emas, Perak dan Platinum dengan pembiayaan sehingga RM150,000 kepada pemohon yang layak. Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com #AWANInews
