
Astro AWANI
February 14, 2025 at 11:11 AM
Penyanyi wanita sohor Kelantan, Eda Ezrin atau Wan Norshaheeda Azlin Wan Ismail, 30, menerusi jurubahasa bebas yang dilantik mahkamah pada Jumaat memberitahu semasa hari kejadian, empat individu lain telah memasuki bilik hotelnya sebelum polis melakukan serbuan.
Katanya, empat individu terbabit dikenalinya sebagai Nabila, Mek Jue, Mek Da dan Sirik.
"Nabila dan Mek Ju telah masuk ke bilik saya kira-kira jam 3 pagi. Selepas berbual sekejap, Mek Ju masuk ke dalam bilik air selama lebih kurang 15 minit. Saya lihat Mek Ju ada bawa beg galas warna biru masuk ke dalam bilik air. Selepas 15 minit kemudian Nabila dan Mek Ju telah keluar dan meninggalkan bilik berkenaan," katanya menjawab soalan peguam.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#awaninews
😂
👍
😮
😢
❤️
🙏
54