Astro AWANI
February 14, 2025 at 12:18 PM
Atlet olahraga para Muhammad Ammar Aiman Nor Azmi menghadiahkan pingat perak buat negara bagi acara 400 meter (m) lelaki T20 (kecacatan intelektual) pada Kejohanan Grand Prix Olahraga Para Dunia Dubai 2025, Rabu lepas.
Beliau yang mencatatkan 49.33 saat (s) tidak berupaya menandingi larian 49.10s pemenang gangsa Sukan Paralimpik Paris 2024 Yovanni Philippe dari Mauritius untuk mendominasi saingan di trek olahraga Dubai Club for People of Determination.
Pingat gangsa pula menjadi milik Serhii Sapietchenkov dari Ukraine menerusi catatan 49.99s.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#awaninews
👍
❤️
😂
😢
29