Astro AWANI
February 14, 2025 at 04:05 PM
Eimei, panda gergasi tertua di dunia yang pernah dipinjamkan oleh China kepada Jepun, mati pada usia 32 tahun, bersamaan dengan 100 tahun umur manusia, umum sebuah pusat penyelidikan panda di China pada Jumaat, lapor Kyodo.
Eimei, yang menjadi bapa kepada 16 anak panda di sebuah zoo di Wilayah Wakayama, barat Jepun, mati pada 25 Jan akibat kegagalan pelbagai organ, lapor Kyodo News dengan memetik Pangkalan Penyelidikan Pembiakan Panda Gergasi Chengdu di Wilayah Sichuan.
Pada hari-hari terakhirnya, Eimei mengalami kemerosotan kesihatan dengan simptom seperti kelesuan, hilang selera makan dan kesukaran bernafas. Pusat berkenaan menzahirkan rasa dukacita yang mendalam atas kematian panda itu, yang "membuka lembaran baharu dalam kerjasama pemuliharaan panda gergasi di peringkat antarabangsa."
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#awaninews
😢
👍
😂
😮
🙏
37