Astro AWANI

Astro AWANI

839.8K subscribers

Verified Channel
Astro AWANI
Astro AWANI
February 14, 2025 at 11:21 PM
Hari ini 122 tahun yang lalu, ‘Teddy bear’ mula dijual buat pertama kali. ‘Teddy’ merupakan nama jolokan Presiden A.S. ke-26, Theodore Roosevelt. Roosevelt gemar memburu & pada suatu sesi pemburuan berkumpulan di Mississippi pada November 1902, hanya beliau seorang yang masih belum membunuh walaupun seekor haiwan. Lalu para pembantunya menangkap seekor beruang & mengikatnya pada pokok untuk ditembak Roosevelt. Namun beliau enggan, mengatakan ianya ‘tidak bersemangat kesukanan’ & diarahkan supaya haiwan yang parah dicederakan itu ditamatkan riwayatnya. Berita tentang insiden itu tersebar ke seluruh negara menerusi laporan akhbar, memberi ilham kepada kartunis politik akhbar Washington Star, Clifford Berryman untuk entri terbaharunya sebagai satira terhadap tindakan Roosevelt itu. Kartun Berryman itu menjadi popular & kemudian menjadi inspirasi kepada pemilik sebuah kedai gula-gula di Brooklyn, New York bernama Morris Michtom & isterinya Rose untuk mencipta patung permainan beruang sempena insiden tersebut. Beberapa patung siap & dipamerkan pada cermin kedai dengan label ‘Teddy’s bear’, laris terjual & mendapat permintaan tinggi pelanggan. Lalu Mithcom kemudian dilapor menulis kepada Roosevelt, meminta izin untuk menggunakan namanya. Selepas mendapat keizinan Presiden, Mitchom mula menghasilkan patung permainan beruangnya pada skala besar, menjadi bisnes yang menguntungkan sehingga berjaya menubuhkan syarikat alat permainan, Ideal Novelty and Toy n Co. Ia terus menjadi patung permainan yang sangat popular & digemari khususnya oleh kanak-kanak sehingga lama-kelamaan syarikat-syarikat pembuat di serata A.S & Eropah menghasilkan sendiri ‘Teddy bear’ mereka untuk memenuhi permintaan tinggi daripada khalayak. *Gambar memaparkan patung rekaan asal ‘Teddy bear’ yang dihasilkan Ideal Toy Company pada 1903 yang kini disimpan di Smithsonian National Museum of American History, Wshington, D.C. Sumber: History, Smithsonian National Museum of American History #peristiwahariini
👍 😮 ❤️ 😢 😂 🙏 42

Comments