Astro AWANI

Astro AWANI

839.8K subscribers

Verified Channel
Astro AWANI
Astro AWANI
February 15, 2025 at 11:35 PM
Hari ini 66 tahun yang lalu, Fidel Castro menjadi pemimpin no.1 Cuba. Lahir pada 13 Ogos 1926, Fidel Alejandro Castro Ruz mula menceburi politik ketika menuntut di universiti. Pada 1951 beliau bertanding untuk kerusi di Dewan Perwakilan namun berlaku rampasan kuasa oleh Fulgencio Batista sebelum pilihan raya dapat diadakan. Castro memimpin sekumpulan penentang Batista menyerang & menawan Berek Moncada pada 26 Julai 1953, namun ia gagal & beliau dipenjarakan. 2 tahun kemudian, beliau dibebaskan lalu pergi ke Mexico & membentuk ‘Gerakan 26 Julai’ yang disertai Ernesto ‘Che’ Guevara. Pada 2 Disember 1956, Castro & pengikutnya mendarat di pantai tenggara Cuba, kemudian membina pangkalan gerila di hutan pergunungan Sierra Maestra & merekrut lebih ramai pengikut untuk berperang dengan rejim Jeneral Batista yang dibelakangi A.S. Menjelang pertengahan 1958, A.S. menamatkan bantuan ketenteraannya terhadap Batista & Disember tahun itu, Guevara memimpin serangan terhadap Santa Clara yang berjaya melumpuhkan angkatan rejim & memaksa Batista lari ke Republik Dominika pada 1 Januari 1959. Seminggu kemudian, Castro & angkatannya memasuki Havana & mengisytiharkan kemenangan mereka. Fidel mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Cuba pada 16 Februari 1959, memperoleh kuasa penuh kepimpinan negara itu dari kerajaan sementara. Castro memiliknegarakan segala aset A.S. di Cuba, melancarkan program reformasi pertanian, menghapuskan diskriminasi kaum dalam undang-undang, membawa bekalan elektrik kepada luar bandar & memajukan sektor pendidikan serta kesihatan. Begitupun, pelbagai sekatan dikuatkuasakan antaranya mengharamkan akhbar pembangkang, mengehadkan pemilikan tanah & menghapuskan perniagaan swasta, menyebabkan ramai rakyatnya khususnya profesional & pakar berhijrah keluar dari Cuba. Selepas 49 tahun memimpin Cuba, Castro melepaskan jawatan secara rasmi kepada adiknya, Raúl pada 2008. Ikon revolusi itu meninggal dunia pada 25 November 2016 di usia 90 tahun. Sumber: History, Yousuf Karsh #peristiwahariini
👍 ❤️ 😮 😂 39

Comments