Astro AWANI

Astro AWANI

839.8K subscribers

Verified Channel
Astro AWANI
Astro AWANI
February 16, 2025 at 07:26 AM
Seorang warga emas maut selepas kereta dipandunya melanggar sebuah lori ketika dalam perjalanan menghantar anaknya ke Hospital Jitra di persimpangan lampu isyarat Hosba di Jitra pada Sabtu. Difahamkan, mangsa berusia 69 tahun yang memandu Perodua Axia pada mulanya ingin membawa anak lelakinya berusia 47 tahun ke Klinik Kesihatan Changlun kerana cedera selepas terjatuh motosikal tetapi tidak beroperasi berikutan cuti hujung minggu. Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/ #awanilive
😢 👍 🙏 ❤️ 47

Comments