Cereka

Cereka

293.9K subscribers

Verified Channel
Cereka
Cereka
January 19, 2025 at 07:38 AM
*Maaf* _oleh Nylyul_ Manisnya sudah hilang. Senyumnya juga sudah lama mati. Tuhan, bagaimana mahu berpura-pura terlihat bahagia sedang hati menjerit benci, jiwa merobek dendam? Dendam. Ya, dendam. Lukanya sudah pulih, namun parut kian berdarah seiring waktu berputar pergi. Segalanya gelap-gelita sama seperti hatinya. Tiada ruang, tiada jalan, hatta secebis peluang demi sebuah kemaafan. Hatinya hancur lumat. Tiada cara untuk merawat kembali. Yang ada hanya berambus, berambus daripada mata aku. Nyah daripada segala sudut dan pandangan mata ini. Jangan biar diri ini kian membenci dan terus menanam api dendam kerana sekali diacuh selamanya terbakar. Sinis. Nilai kemaafan terlalu besar sehingga tidak ternilai dan tidak tercapai dek jiwa untuk membayarnya. Bukan tidak mampu, tetapi memilih untuk tidak mahu. Tuhan, jahatkah aku? Memaafkan adalah hak seseorang. Hak setiap manusia. Hak individu. Terpulang kepada dia mahu memaafkan atau menanam benci. Tiada yang salah kerana segala perhitungan yang terzalimi akan tetap diadili. Cuma, mereka yang terbaik adalah mereka yang memaafkan.
❤️ 👍 😢 😮 😂 🙏 🤍 ☹️ 🤲 🤨 357

Comments