Cereka

Cereka

293.9K subscribers

Verified Channel
Cereka
Cereka
January 19, 2025 at 03:25 PM
*Nama Anak* _oleh Tokkilino_ Hari ini, kami datang ke rumah Malina yang baru sahaja melahirkan anak sulungnya. Kebetulan Malina berkahwin dengan Faris yang juga merupakan rakan sekelasku sewaktu sekolah menengah. Rancak kami berbual sehingga terlupa bertanyakan nama anaknya. “Apa nama anak, Malina?” Sahabatku, Safa bertanya. Malina tersenyum. “Puteri Nur Maya Aliz Essandra.” Sekali harung sahaja Malina sebut nama anaknya. Aku, Safa, Elya dan Ain sudah berkerut. Payah juga nak menyebut namanya. “Payahlah nak lafaz akad nanti. Berbelit lidah,” komenku berjenaka. Sejujurnya, aku hanya ingat Puteri sahaja, yang lain aku sudah lupa. “Tak apa. Bakal laki dia nanti yang kena lafaz, anak aku duduk tepi lap air mata saja,” balas Malina menjeling ke arah suaminya yang hanya mampu menggelengkan kepala. Kami ketawa. Ini bukan bakal suami sahaja yang tertekan, anak sendiri nanti pun naik angin mahu menulis nama pada buku teks dan buku latihan!
😂 ❤️ 👍 🙏 😢 😮 🎈 🤣 🎉 🙄 356

Comments