Cereka

Cereka

291.4K subscribers

Verified Channel
Cereka
Cereka
January 21, 2025 at 02:00 AM
*Overthinking* _oleh Jjene Ly_ Wajahnya yang kelihatan ceria tiba-tiba berubah tanpa senyum, seakan aku ada berbuat salah pada pagi itu. Aku yang sedang berbual dengan suami seperti biasa, berasa hairan kerana dia tiba-tiba berubah diam dan tidak mahu berbicara. Dia seakan cuba mengelak daripada bercakap denganku. Ketika suami berjalan untuk keluar bekerja, dia tidak mencium dahiku seperti biasanya. Dia juga cuba mengelak saat aku mahu memeluknya. ‘Kenapa? Apa yang telah aku ucapkan tadi sehingga melukai hatinya?’ kataku dalam hati. Lama dan macam-macam perkara yang aku fikirkan pagi itu. Sehingga membawa kepada pemikiran negatif bahawa suamiku tidak lagi mengasihi dan mencintaiku. Aku duduk dan mencapai telefonku yang berada di atas meja. Aku tersentak sebentar. “Alamak! Patutlah dia kelihatan marah. Aku lupa nak masakkan bekal untuk dia bawa ke tempat kerja pagi ni,” kataku sambil menepuk dahi. Segala pemikiran yang buruk terhenti saat itu juga. Rupa-rupanya suami marah kerana aku tak masak pagi itu. Maafkan isterimu yang pelupa ini, suami….
😂 ❤️ 👍 😮 🙏 😢 🤣 🤨 😌 🎉 443

Comments