Cereka

Cereka

291.4K subscribers

Verified Channel
Cereka
Cereka
January 23, 2025 at 03:28 AM
*Tak Ada Elektrik* _oleh Khairunnisaq_ “Mati lampu, woi! Mati lampu!” Keadaan dalam rumah agak riuh. Adik aku yang kecil berlari mendapatkan ibu. Abangnya pula ketakutan. Dia memang takut gelap. “Kakak! Kamu ada lilin tak?” “Kakak ada lampu Shopee!” Aku melaung dari tingkat atas. Lampu itu aku pasang satu di dalam bilik, satu lagi di tangga nak naik ke atas. Berkumpullah kami adik-beradik di dalam bilik aku bersama ibu. Kami berbual, makan jajan, dan bercerita macam-macam benda. Sampai kami terlelap bersempit-sempit di dalam bilik tu. Tengah malam, aku tersedar. Tekak terasa haus. Aku keluar dari bilik, mendapatkan lampu di tangga dan turun ke dapur. Rumah masih gelap. Aku mendapatkan air yang sudah kurang dinginnya di dalam peti sejuk. Saat mahu membasuh cawan di singki, aku perasan sesuatu. Ada cahaya dari rumah jiran. Macam tak percaya, aku buka pula tingkap tu. Betul! Terang-benderang rumah jiran. Bukan rumah dia sahaja, rumah orang lain pun sama. Maknanya rumah aku sahaja yang tak ada elektrik. Cepat-cepat aku ke kotak fius utama. “Lah… kalau macam ni, sampai tahun depan pun tak ada elektrik lagi.” Fius itu tertendang sahaja!
😂 👍 ❤️ 🤣 😮 😢 🙏 😭 😅 😔 542

Comments