Cereka
January 30, 2025 at 02:00 AM
*Biru Tidak Tenang* _oleh Gandaria D._
Warna biru adalah warna kegemarannya. Warna yang mampu memberikan dia ketenangan. Biru langit yang mendamaikan. Biru air yang menenangkan. Namun, tidak sekarang.
Kini, warna biru di depan mata tidak dapat memberikan ketenangan buatnya. Sebaliknya, keresahan yang diterima.
Keretanya yang berwarna biru telah mengalami kemalangan tidak serius. Hanya kerana seorang pemandu tidak berhemah, dia dan seorang lagi pemandu lain menjadi mangsa kemalangan.
Mujur kemalangan yang dia alami dapat diselesaikan dengan cara yang baik kerana mangsa kedua juga faham mereka tidak bersalah. Warna biru keretanya sudah tidak sekata lagi. Dia tahu, dia perlu mengecat semula kereta tersebut selepas dibaiki kelak.
Biru langit yang mendamaikan kala ini, tidak mampu menenangkannya. Ketenangannya telah diragut kerana kesalahan orang lain. Poketnya juga dirobek kerana kesalahan orang lain. Dia tahu, dia perlu membuat kira-kira semula untuk perbelanjaan mendatang.
😢
👍
❤️
😮
😂
🙏
😭
🤣
😔
🥰
232