Cereka
February 3, 2025 at 03:10 PM
*Celoteh Aisyah* _oleh Nightingale_
Aku memandang ke arah jam dinding. Waktu menghampiri pukul sebelas malam. Aku mengemaskan selimut, berura-ura untuk tidur.
Tiba-tiba, pintu bilik terkuak luas. Aisyah, adik bongsuku yang berumur sembilan tahun terus masuk dan berbaring di sebelah.
Dia juga bersiap-siap untuk tidur. Maklumlah, esok sudah mula penggal baru persekolahan.
Sementara menunggu mata untuk terlelap, aku sempat berborak dengan Aisyah. Agak lama aku berborak dengannya. Pelbagai topik kami bualkan sebelum suasana menjadi hening.
Terdengar dengusan nafas Aisyah di sebelah. Aku sangka dia sudah tidur. Tiba-tiba….
“Kakak, kau nak tahu sesuatu tak?” tanya si Aisyah.
“Apa dia?”
“Hmm, aku malaslah nak pergi sekolah esok?”
“Apa pasal pula kau ni?” Aku bingung.
“Entahlah. Aku cuma rasa tak nak pergi sekolah. Samalah macam kau yang tak nak pergi kerja.”
Setepek si Aisyah ni bagi dekat muka aku. Aku terkedu sebelum ketawa terbahak-bahak.
Alahai, adik… aku bukan tak nak kerja. AKU BELUM DAPAT KERJALAH!
😂
👍
❤️
🤣
🙏
😮
😢
😅
🗿
🙂↔
431