Cereka

Cereka

291.4K subscribers

Verified Channel
Cereka
Cereka
February 5, 2025 at 06:05 AM
*Writer's Block* _oleh Bunga Lili_ Kakak aku suka menulis. Tapi… dia lain sedikit. Apa sahaja yang dia tulis akan menjadi kenyataan! Kalau dia tulis fasal naga, akan muncul naga betul-betul. Kalau dia tulis fasal epal, beribu buah epal jatuh dari langit. Dia mula marah-marah. Katanya, dia terkena sakit writer’s block. Dia tidak tahu mahu tulis apa. Sebagai adik yang baik, aku mahu menyibuk sedikit. Aku nak tengok situasi dia. Terkejut beruk aku tengok seekor paus gergasi keluar dari lantai bilik. Habis banjir bilik kami dibuatnya. Kakak pula hanya menggumam sendirian sambil menekan papan kekunci komputer ribanya. “Padam, padam. Tukar idea.” Tiba-tiba, bumi bergoncang. Paus itu menghilang dan keluar gunung gergasi membelah lantai. Panik. Ada lava panas meluap-luap keluar dari gunung. Aku menjerit, “Hati-hatilah, kak!” Kakak tidak kisah. Jari-jemarinya terus menari di atas keyboard dan turun hujan batu dari siling. Aku bergolek ke bawah katil. “Kakak!” “Hah! Macam mana kalau… aku bunuh semua watak?” Kakak menaip. Tunggu dulu….
😮 😂 👍 ❤️ 😢 🙏 💀 😨 🤔 330

Comments