Cereka
February 13, 2025 at 10:56 PM
*Seseorang* _oleh Khairunnisaq_
Semua orang mahu menjadi seseorang dalam hidup ini. Mahu menjadi seseorang yang akan diingati. Satu pertanyaan timbul dalam benakku. Adakah menjadi ‘seseorang’ adalah satu anugerah atau sumpahan?
Ramai orang yang diingati kerana kebaikannya, tapi lebih ramai lagi yang diingati kerana kejahatan yang mereka lakukan.
Jika dia diingati kerana kebaikan, generasi seterusnya akan membawa nama baik itu. Jika tersalah sedikit, orang sekeliling akan mencemuh keturunannya walau dua generasi ini tak pernah bersua muka. Jika tak mencapai ekspektasi, ia akan dikatakan memalukan.
Andai dia diingati kerana kejahatan, generasi seterusnya akan menggalas malu yang tidak berpenghujung. Andai ada berbuat silap, orang sekeliling akan mengatakan ia mengalir dalam darah. Andai mereka maju ke hadapan, akan ada yang cuba mengorek rahsia tertanam buat dijadikan batu penghalang untuk menbejat langkah.
Saya tanya sekali lagi. Adakah ia satu anugerah atau sumpahan?
Apa pun itu, interpretasi sendiri yang akan memanifestasi kehidupan ini.
👍
❤️
😢
😮
🙏
👏
🔥
😂
😌
😵💫
239