MyMDEC

MyMDEC

173.9K subscribers

Verified Channel
MyMDEC
MyMDEC
January 27, 2025 at 04:03 AM
eUsahawan Appreciation Night 2025 telah pun berlangsung pada Jumaat yang lalu di mana MDEC melalui program eUsahawan meraikan pemegang taruh dari pelbagai Kementerian dan Agensi, rakan strategik, pensyarah, barisan jurulatih, 'eUsahawan Subject Matter Expert' serta peserta eUsahawan yang telah mencapai kejayaan yang membanggakan sepanjang tahun 2024. Pelbagai anugerah dan juga penghargaan khas telah disampaikan pada malam tersebut. Majlis ini juga dimeriahkan lagi dengan kehadiran YBrs En. Jamalulail Bin Abu Bakar, Ahli Lembaga Pengarah MDEC; dan juga barisan pengurusan tertinggi MDEC. Program eUsahawan merupakan pemangkin yang memberi impak menyeluruh kepada pelbagai aspek ekonomi. Dalam era yang menuntut kebolehsuaian tinggi, program ini memperkasa peserta untuk meneroka dan menerajui usaha niaga dalam dunia keusahawanan digital. #sayadigital #malaysiadigital
❤️ 👍 🙏 10

Comments