Ustaz Azhar Idrus
Ustaz Azhar Idrus
January 26, 2025 at 12:17 PM
PENGERTIAN SAYYIDINA KETIKA SELAWAT SOALAN : Selali kita dengar orang berselawat menyebut Allahumma Solli ala Saidina Muhammad. Apakah arti perkataan saidina itu? Adakah disebut dalam hadith akan perkataan saidina? Apakah pandangan ulamak berkenaan menambah perkataan saidina dalam tayhat solat? JAWAPAN : PENGERTIAN SAYYIDINA Perkataan sayyidina berarti pemimpin kami yang berasal dari perkataan sayyid yang berarti pemimpin. Jadi bila disebut sayyidina Muhammad maka artinya pemimpin kami Nabi Muhammad sollallahu alaihi wasallam. Para ulama dan salafus solih sehingga orang-orang yang kemudian selalu memanggil Muhammad dengan Nabi Muhammad atau Sayyidina Muhammad sollallahu alaihi wasallam. Ketika membaca selawat olih orang yang sembahyang di dalam tahyat samada tahyat awal atau tahyat akhir telah berlaku perbedaan pendapat di kalangan ulama tentang perkara ini. Sebahagian mereka mengatakan tidak disunatkan menambah perkataan sayyidina sebelum menyebut nama Nabi Muhammad sollallahu alaihi wasallam. Maka bacaan selawatnya hanyalah : اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ فِى الْعَالَمِينَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ. Manakala sebahagian ulama pula mengatakan sunat menambah perkataan sayyidina sebelum menyebut nama Nabi Muhammad sollallahu alaihi wasallam. Maka jadilah bunyi selawatnya : اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى سَيِّدِنَا اِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا اِبْرَاهِيْمَ وَبَارِكْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ كَمَا بَرَكْتَ عَلَى سَيِّدِنَا اِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا اِبْرَاهِيْمَ فِى الْعَالَمِيْنَ إِنَّكَ حَمِيْدٌ مَجِيْدٌ PERKATAAN SAYYIDINA DI DALAM HADITH Ulama-ulama yang mengatakan sunat ditambah perkataan sayyidina itu berdalil dengan beberapa hadith yang antaranya : Telah diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah sollallahu alaihi wasallam telah bersabda : أَنَا سَيِّدُ وَلَدِ آدَمَ يَومَ القِيَامَةِ ، وَأَوَّلُ مَن يَنشَقُّ عَنهُ القَبرُ Artinya : “Aku adalah sayyid bagi keturunan Adam pada hari kiamat. Akulah orang yang pertama kali terbelah kuburnya.” (Hadith riwayat Muslim) Allah Taala juga telah memberi gelaran sayyid kepada Nabi Yahya a.s. dalam firman-Nya : فَنَادَتْهُ الْمَلَائِكَةُ وَهُوَ قَائِمٌ يُصَلِّي فِي الْمِحْرَابِ أَنَّ اللَّهَ يُبَشِّرُكَ بِيَحْيَىٰ مُصَدِّقًا بِكَلِمَةٍ مِنَ اللَّهِ وَسَيِّدًا وَحَصُورًا وَنَبِيًّا مِنَ الصَّالِحِينَ Artinya : “Maka menyeru Nabi Zakaria a.s. olih malaikat dan baginda sedang bersembahyang di mihrab bahawa Allah memberi khabar gembira kepada mu dengan Nabi Yahya a.s. yang membenarkan kalimah dari Allah dan sebagai sayyid dan yang menjaga diri dan seorang Nabi dari kalangan solihin.” (Ali-Imran : 39) Telah diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas’ud r.a. berkata : إِذَا صَلَّيْتُمْ عَلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَأَحْسِنُوا الصَّلَاةَ عَلَيْهِ، فَإِنَّكُمْ لَا تَدْرُونَ، لَعَلَّ ذَلِكَ يُعْرَضُ عَلَيْهِ، قَالَ: فَقَالُوا لَهُ: فَعَلِّمْنَا، قَالَ، قُولُوا: (اللَّهُمَّ اجْعَلْ صَلَاتَكَ، وَرَحْمَتَكَ، وَبَرَكَاتِكَ عَلَى سَيِّدِ الْمُرْسَلِينَ، وَإِمَامِ الْمُتَّقِينَ، وَخَاتَمِ النَّبِيِّينَ، مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ، إِمَامِ الْخَيْرِ، وَقَائِدِ الْخَيْرِ، وَرَسُولِ الرَّحْمَة Artinya : “Apabila kamu sekelian berselawat ke atas Rasulullah sollallahu alaihi wasallam maka hendaklah kamu sekelian elokkan selawat ke atasnya mudah-mudahan yang demikian itu dilentangkan atasnya. Berkata sekelian hadirin kepada Ibnu Mas’ud : Maka ajarkanlah akan kami. Kata Ibnu Mas’ud : Ucapkan olih kamu sekelian begini : Ya Allah jadikanlah selawat-Mu dan rahmat-Mu dan barakah-Mu atas Sayyid Al-Mursalin dan Imamul Muttaqin dan Khatamun Nabiyyin Muhammad hamba-Mu dan Rasul-Mu Imamul Khairi dan Penegak Kebaikkan dan Rasul yang kasih sayang.” (Hadith riwayat At-Tabarani dan Baihaqi dan lainnya) PANDANGAN ULAMAK BERKENAAN SAYYIDINA Berkata Imam As-Syarwani : وتقدم عن شيخنا أن المعتمد طلب زيادة السيادة وعبارة الكردي واعتمد النهاية استحباب ذلك وكذلك اعتمده الزيادي والحلبي وغيرهم وفي الايعاب الاولى سلوك الادب أي فيأتي بسيدنا وهو متجه اه Artinya : “Dan telah terdahulu perkataan guru kami bahawa yang muktamad ialah menuntut tambahan sayyidina. Dan ibarat Syeikh Kurdy dan yang muktamad pada kitab Nihayah disunatkan yang demikian itu. Dan seperti demikian berpegang akan dia olih Syeikh Az-Ziady dan Syeikh Al-Halaby dan selain mereka itu. Dan pada kitab Al-I’ab yang utama ialah menjalani jalan beradab yakni mendatangkan lafaz sayyidina dan yaitu satu wajah (pendapat).” (Kitab Hasyiah Syarwani 'ala At-Tuhfah) Berkata Syeikh Zainudin Al-Malibari : ولا بأس بزيادة سيدنا قبل محمد Artinya : “Dan tidak mengapa dengan tambahan perkataan sayyidina sebelum nama Nabi Muhammad.” (Kitab Fathul Muin) Berkata Syeikh Zakaria Al-Ansari : قَالَ ابْنُ ظَهِيرَةَ الْأَفْضَلُ الْإِتْيَانُ بِلَفْظِ السِّيَادَةِ كَمَا صَرَّحَ بِهِ جَمْعٌ وَبِهِ أَفْتَى الْجَلَالُ الْمَحَلِّيُّ جَازِمًا بِهِ قَالَ ؛ لِأَنَّ فِيهِ الْإِتْيَانَ بِمَا أُمِرْنَا بِهِ وَزِيَادَةَ الْإِخْبَارِ بِالْوَاقِعِ الَّذِي هُوَ أَدَبٌ فَهُوَ أَفْضَلُ مِنْ تَرْكِهِ Artinya : “Telah berkata Imam Ibnu Zohirah yang afdhal ialah menyebut lafaz sayyidina sebagaimana telah menerangkan dengannya olih satu kumpulan ulama dan dengannya berfatwa olih Syeikh Jalaluddin Al-Mahalli yang memutuskan dengannya. Berkata ia : Kerana padanya ia mendatangkan dengan perkara yang disuruh kita dengannya dan tambahan menyatakan yang waqi’ yang ialah adab dan yaitu afdhal daripada ditinggalkan.” (Asnal Matholib) Berkata Syeikh Muhmmad Abdul Rahman Al-Maliki : عَنْ الشَّيْخِ عِزِّ الدِّينِ بْنِ عَبْدِ السَّلَامِ أَنَّ الْإِتْيَانَ بِهَا فِي الصَّلَاةِ يَنْبَنِي عَلَى الْخِلَافِ هَلْ الْأَوْلَى امْتِثَالُ الْأَمْرِ أَوْ سُلُوكُ الْأَدَبِ؟ ( قُلْت ) وَاَلَّذِي يَظْهَرُ لِي وَأَفْعَلُهُ فِي الصَّلَاةِ وَغَيْرِهَا الْإِتْيَانُ بِلَفْظِ السَّيِّدِ وَاَللَّهُ أَعْلَمُ Artinya : “Daripada Imam ‘Izzuddin Ibnu Abdissalam bahwa menambah lafaz sayyid dalam sembahyang berdasarkan perbedaan pendapat apakah yang utama antara mengikuti perintah Nabi atau menjalani adab? Saya berkata: Yang jelas bagi saya dan yang saya lakukan di dalam sembahyang atau lainnya adalah menyebut Sayyid.” (Kitab Mawahib al-Jalil Syarah Mukhtasar Syeikh Khalil) Berkata Imam al-Hashfaki Al-Hanafi : وَنُدِبَ السِّيَادَةُ لِأَنَّ زِيَادَةَ الْإِخْبَارِ بِالْوَاقِعِ عَيْنُ سُلُوكِ الْأَدَبِ فَهُوَ أَفْضَلُ مِنْ تَرْكِهِ Artinya : “Dan disunatkan kata sayyidina kerana penambahan pemberitahuan dengan yang waqi’ sebagai jalan adab maka yaitulah yang afdhal dari meninggalkannya.” (Dur Al-Mukhtar) Berkata Dr Wahbah Zuhaili : قال الشافعية والحنفية :تندب السيادة لمحمد في الصلوات الإبراهيمة؛ لأن زيادة الإخبار بالواقع عين سلوك الأدب، فهو أفضل من تركه Artinya : “Telah berkata ulama Syafi’iyah dan Hanfiyah disunatkan kata sayyidina dalam selawat bag Nabi Muhammad pada segala selawat Ibrahimiyah kerana sungguhnya menambah khabar dengan yang sebenar sebagai menjalani jalan adab. Maka ia lebih afdhal dari meninggalkannya.” (Al-Fiqh Al-Islamy) Berkata Syeikh Ali Juma’ah Mufti Mesir : ومما سبق نعلم أنه ذهب إلى استحباب تقديم لفظة «سيدنا» قبل اسمه الشريف في الصلاة وغيرها من العبادات كثير من الفقهاء المذاهب الفقهية : كالعز بن عبد السلام، والرملي، والقليوبي، والشرقاوي من الشافعية، والحصكفي، وابن عابدين، من الحنفية وغيرهم كالشوكاني. أما تقديم سيدنا على اسمه الشريف في غير العبادات، فلا خلاف على جوازه بين أحد من العلماء، فهو إجماع ولا عبرة لمن شذ ممن عجز عن الجمع بين الأدلة، وهو ما نختاره ونرجحه في مقام سيد الخلق وحبيب الحق سيدنا محمد صلي الله عليه وسلم فالأدب مقدم دائما معه صلي الله عليه وسلم والله تعالى أعلى وأعلم Artinya : “Dari apa yang telah lalu sebutnya dapat kita ketahui telah berjalan kepada disunatkan mendahulukan lafaz sayyidina sebelum nama Nabi sollallahu alaihi wasallam yang mulia di dalam sembahyang dan ibadat yang lain olih ramai dari kalangan para ulama fuqahak pada mazhab fiqah seperti Imam ‘Izuddin Abdul Salam dan Syeikh Ramli dan Syeikh Al-Qalyubi dan Syeikh As-Syarqawi daripada Syafi’iyah dan Syeikh Haskafi dan Imam Ibnu Abidin daripada Hanafiyah dan selain dari mereka itu seperti Imam Syaukani. Adapun mendulukan sayyidina atas nama Nabi sollallahu alaihi wasallam yang mulia pada selain ibadah maka tidak ada perselisihan atas harusnya antara seorang pun daripada ulama. Maka ialah ijmak dan tidak diambil kira bagi mereka yang ganjil daripada orang-orang yang lemah dari menghimpunkan segala dalil. Dan ialah yang kami pilih dan kami kuatkannya pada maqam pemimpin segala kaum dan kekasih yang haq Sayyidina Muhammad sollallahu alaihi wasallam. Maka adab didulukan selamanya serta Nabi sollallahu alaihi wasallam. Wallahua’lam.” (Fatwa Syeikh Ali Jum’ah) MEMBACA SAYYIDINA DALAM SEMBAHYANG DAN DI LUAR SEMBAHYANG Menyebut sayyidina pada ketika membaca selawat di dalam sembahyang telah berlaku khilaf padanya dikalangan ulamak manakala menyebut sayyidina ketika berselawat di luar sembahyang sungguhnya telah ijmak sekelian ulamak pada sabitnya. Tersebut pada Kitab Al-Mausu’atul Fiqhiyyah Al-Kuwaitiyah : اخْتَلَفَ الْفُقَهَاءُ فِي حُكْمِ تَسْوِيدِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي الصَّلاَةِ، وَحُكْمِ تَسْوِيدِهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي غَيْرِ الصَّلاَةِ. فِي الصَّلاَةِ وَرَدَ لَفْظُ الصَّلَوَاتِ الإْبْرَاهِيمِيَّةِ فِي كُتُبِ الْحَدِيثِ وَالْفِقْهِ مَأْثُورًا عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْ غَيْرِ ذِكْرِ (سَيِّدِنَا) قَبْل اسْمِهِ عَلَيْهِ الصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ. وَأَمَّا إِضَافَةُ لَفْظِ (سَيِّدِنَا) فَرَأَى مَنْ لَمْ يَقُل بِزِيَادَتِهَا الاِلْتِزَامَ بِمَا وَرَدَ عَنْهُ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لأِنَّ فِيهِ امْتِثَالاً لِمَا وَرَدَ عَنْهُ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْ غَيْرِ زِيَادَةٍ فِي الأْذْكَارِ وَالأْلْفَاظِ الْمَأْثُورَةِ عَنْهُ، كَالأْذَانِ وَالإْقَامَةِ وَالتَّشَهُّدِ وَالصَّلاَةِ الإْبْرَاهِيمِيَّةِ. وَأَمَّا بِخُصُوصِ زِيَادَةِ (سَيِّدِنَا) فِي الصَّلاَةِ الإْبْرَاهِيمِيَّةِ بَعْدَ التَّشَهُّدِ، فَقَدْ ذَهَبَ إِلَى اسْتِحْبَابِ ذَلِكَ بَعْضُ الْفُقَهَاءِ الْمُتَأَخِّرِينَ كَالْعِزِّ بْنِ عَبْدِ السَّلاَمِ وَالرَّمْلِيِّ وَالْقَلْيُوبِيِّ وَالشَّرْقَاوِيِّ مِنَ الشَّافِعِيَّةِ، وَالْحَصْكَفِيِّ وَابْنِ عَابِدِينَ مِنَ الْحَنَفِيَّةِ مُتَابَعَةً لِلرَّمْلِيِّ الشَّافِعِيِّ، كَمَا صَرَّحَ بِاسْتِحْبَابِهِ النَّفَرَاوِيُّ مِنَ الْمَالِكِيَّةِ. وَقَالُوا: إِنَّ ذَلِكَ مِنْ قَبِيل الأْدَبِ، وَرِعَايَةُ الأْدَبِ خَيْرٌ مِنَ الاِمْتِثَال، كَمَا قَال الْعِزُّ بْنُ عَبْدِ السَّلاَمِ فِي غَيْرِ الصَّلاَةِ أَجْمَعَ الْمُسْلِمُونَ عَلَى ثُبُوتِ السِّيَادَةِ لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَعَلَى عَلَمِيَّتِهِ فِي السِّيَادَةِ. قَال الشَّرْقَاوِيُّ: فَلَفْظُ (سَيِّدِنَا) عَلَمٌ عَلَيْهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Artinya : “Telah bersalahan olih fuqahak pada hukum menyebut sayyidina akan Nabi sollallahu alaihi wasallam di dalam sembahyang dan hukum menyebutnya diluar sembahyang. Lafaz sayyidina dalam sembahyang : Lafaz selawat Ibrahimiyah yang datang dalam kitab-kitab hadith dan fiqah daripada Nabi sollallahu alaihi wasallam tanpa sebut lafaz sayyidina sebelum namanya sollallahu alaihi wasallam . Dan adapun menyandarkan lafaz sayyidina maka mereka yang berjalan kepada tidak menyebutnya ialah mengamalkan apa yang datang daripada Nabi sollallahu alaihi wasallam kerana padanya mengikut akan barang yang datang daripada baginda tanpa tambahan pada segala zikir dan lafaz yang datang daripadanya seperti azan dan iqamah dan tasyahud dan selawat Ibraihimiyah. Dan adapun dengan khusus tambahan sayyidina di dalam selawat Ibrahimiyah selepas tasyahud maka sungguhnya telah berpendapat kepada disunatkannya olih sebahagian fuqahak mutaakhirin seperti Imam Al-‘Izz bin Abdissalam dan Syeikh Ramli dan Al-Qalyubi dan As-Sayrqawi darpada ulamak mazhab Syafie dan Al-Haskafi dan Ibnu Abidin dari ulamak mazhab Hanafi mengikut bagi Syeikh Ramli As-Syafie sebagaimana menerangkan dengan sunatnya olih Imam An-Nafarawi dari mazhab Maliki. Berkata mereka itu sungguhnya menyebut sayyidina setengah dari pihak beradab dan memelihara itu lebih baik daripada mengikut semata-mata sebagaimana keterangan Imam Al-‘Izz bin Abdissalam. Lafaz sayyidina di luar sembahyang : Telah ijmak sekelian orang Islam atas sabit lafaz sayyidina bagi Nabi sollallahu alaihi wasallam dan atas nama Nabi sollallahu alaihi wasallam pada sayyidina. Berkata Syeikh As-Syarqawi : Maka lafaz sayyidina telah menjadi nama atas Nabi sollallahu alaihi wasallam.” (Al-Mausu’ah Al-Fiqhiyah Al-Kuwaithiyah juz 11 m.s. 348) Walhasilnya masalah menyebut lafaz sayyidina sebelum menyebut nama Nabi Muhammad sollallahu alaihiw asallam di dalam sembahyang adalah masalah khilafiyah yang berlaku padanya perbedaan pendapat dikalangan para ulama. Olih itu kita hendaklah meraikan perbedaan pendapat tersebut. Siapa yang membaca sayyidina maka ia adalah sunat di sisi sebahagian ulama dan siapa yang tidak membaca sayyidina maka sembahyangnya telah sah tidak ada sebarang kekurangan dan sebahagian ulama berjalan kepada membenarkan kata sayyidina dalam sembahyang dan ia yang lebih afdhal dan sebahagian ulamak berjalan kepada afdhal tidak membacanya di dalam sembahyang. Tersebut pada Majlis Fiqh Baitul Maqdis : فكل له رأيه والمسألة مسألة اجتهاد فقهي واختلاف فرعي ولا داعي لجعلها مسألة مهمة تنشر وكأنها من أركان الصلاة أو مبطلاتها فالأمة فيها ما فيها مما هو أهم من ذلك Artinya : “Maka semua ada baginya pandangan dan masalah ini (yakni masalah ucap sayyidina) adalah masalah ijtihad dalam urusan fiqah dan perselisihan yang cabang. Tiadalah menyeru yang menjadikannya sebagai masalah yang sangat besar dan mustahak yang tersebar seolah-olah ia adalah rukun sembahyang dan yang membatalkan sembahyang. Maka umat ini ada perkara yang lebih besar dan lebih penting dari yang demikian itu.” Walhasilnya menyempitkan hukum yang terjadi khilaf padanya adalah setengah dari tanda kebodohan. wallahua’lam ustaz azhar idrus
❤️ 👍 😢 🙏 😮 😂 548

Comments