Ustaz Azhar Idrus WhatsApp Channel

Ustaz Azhar Idrus

249.4K subscribers

About Ustaz Azhar Idrus

Official Broadcast Whatsapp Channel Ustaz Azhar Idrus Bagi yang berhajat utk turut sama membantu Team Media UAI menaiktaraf peralatan rakaman dan live serta pengurusan operasi bolehlah salurkan ke akaun: Bank Islam : 1301 7028 90 8877 (Sayed Ahmad Baqir)

Similar Channels

Swipe to see more

Posts

Ustaz Azhar Idrus
Ustaz Azhar Idrus
3/1/2025, 12:03:48 PM

FIQAH PUASA Bahagian 3 SYARAT SAH PUASA Disyaratkan bagi sahnya puasa akan beberapa perkara bagi pihak orang yang mengerjakannya yang jika tidak cukup salah satu daripada syarat-syarat tersebut maka puasa yang dikerjakan itu tidak sah. Berkata Dr Wahbah Az-Zuhaili : واشترط الشافعية أربعة شروط: وهي الإسلام، والعقل، والنقاء عن الحيض والنفاس جميع النهار، وكون الوقت قابلاً للصوم، فلا يصح صوم الكافر والمجنون والصبي غير المميز والحائض والنفساء. Artinya : “Ulamak-ulamak mazhab Syafie mensyaratkan akan empat syarat yaitu Islam dan beraqal dan bersih dari haidh dan nifas pada sekelian hari dan keadaan waktu itu menerima bagi puasa. Maka tidak sah puasa orang yang kafir dan yang tidak beraqal dan kanak yang tidak mumayyiz dan perempuan yang sedang haidh dan nifas.” (Kitab Al-Fiqh Al-Islami) 1. ISLAM Tidak sah puasa orang kafir kerana ibadah puasa diwajibkan padanya berniat maka niat yang dilakukan olih orang kafir itu adalah tidak sah. Berkata Syeikh Khatib As-Syarbini : فَلَا يَصِحُّ صَوْمُ الْكَافِرِ بِحَالٍ، أَصْلِيًّا كَانَ أَمْ غَيْرَهُ Artinya : “Maka tiada sah puasa orang yang kafir sama sekali samada kafir asal atau lainnya.” (Kitab Mughni Al-Muhtaj) Orang-orang Yahudi juga melakukan amalan berpuasa mengikut tarikh tertentu dalam ajaran Yahudi. Ada puasa Yahudi yang wajib dan ada yang sunat. Antara puasa wajib bagi penganut Yahudi ialah puasa pada hari Yom Kippur yaitu hari penebus dosa. Dalam agama Kristian ada juga amalan puasa yang dianggap sunat seperti yang terdapat dalam ajaran Kristian Katolik manakala Kristian Protestan tidak ada amalan berpuasa. Begitu juga dalam agama-agama lain maka apa juga amalan solih yang dilakukan olih orang yang di luar agama Islam adalah tidak sah dan tidak diterima olih Allah kerana ketiadaan syarat yaitu Islam. 2. BERAQAL Yang dimaksudkan dengan beraqal di sini ialah tamyiz yaitu aqalnya sudah bolih membezakan seperti membezakan yang bersih dari yang kotor dan seumpamanya maka kanak-kanak yang sudah bolih membezakan itu dinamakan mumayyiz. Kanak-kanak yang belum mumayyiz tidak sah melakukan amalan puasa dan begitu juga sembahyang. Adapun kanak-kanak yang telah sampai had mumayyiz adalah sah mereka bepuasa sekalipun belum baligh tetapi tidak wajib. Tidak ada had tertentu bagi usia mumayyiz bagi kanak-kanak yaitu adakalanya jadi ia mumayyiz ketika usianya seawal 4 tahun tahun dan ada yang 5 tahun atau 6 tahun dan seterusnya. Berkata Syeikh Ad-Damiri : (والعقل) مرادهم ب (العقل) هنا: التمييز، فلا يصح صوم غير المميز كالمجنون والسكران والطفل والمغمى عليه دائمًا، ويصح صوم الصبي المميز بالاتفاق. Artinya : “Bermula yang dikehendaki olih ulamak pada maksud beraqal itu ialah membezakan. Maka tidak sah puasa orang yang aqalnya tidak bolih membezakan seperti orang gila dan kanak-kanak dan yang pingsan selamanya (berterusan). Dan sah puasa kanak-kanak yang sudah mumayyiz dengan sepakat ulamak.” (Kitab An-Najm Al-Wahhaj) Orang yang pingsan sepanjang hari tidak sah puasanya dan jika ada sebahagian harinya dia sedar maka sah puasanya. Berkata Imam Nawawi : والأظهر أن الإغماء لا يضر إذا أفاق لحظة من نهار Artinya : “Dan pendapat yang azhar bahawasanya orang yang pingsan tidak batal puasanya apabila ada dia sedar sekejap pada waktu siang.” (Kitab Minhaj At-Talibin) Ada pun gila maka membatalkan puasa sekalipun berlaku sekejap sahaja pada siang hari berpuasa. Berkata Syeikh Said Al-Hadhrami As-Syafie : فإن ارتد أو حاضت أو نفست أو جن ولو لحظة بطل صومه كالصلاة Artinya : “Maka jika murtad olih seorang atau berhaidh atau bernifas atau jadi gila sekalipun sekejap nescaya batal puasanya sama seperti sembahyang.” (Kitab Busyral Karim) Dan begitu juga tidak membatalkan puasa jika berlaku mabuk yang bukan sepanjang hari. Berkata Syeikh Bafadhal Al-Hadhrami : وَلَا يضر الْإِغْمَاء وَالسكر أَن إفاق لَحْظَة فِي النَّهَار Artinya : “Dan tidak memudaratkan pingsan dan mabuk jika sedar ia sekejap pada waktu siang.” (Kitab Al-Muqaddimah Al-Hadhramiyah) Jika seorang itu hilang aqal sebab memakan ubat misalnya maka tidak sah puasanya. Berkata Syeikh Zakaria Al-Ansari : فَلَا يَصِحُّ صَوْمُ مَنْ زَالَ عَقْلُهُ وَلَوْ بِشُرْبِ دَوَاءٍ لَيْلًا Artinya : “Maka tiada sah puasa seorang yang hilang aqalnya walau pun dengan sebab makan ubat pada malamnya.” (Kitab Al-Ghararul Bahiyyah) 3. SUCI DARI HAIDH & NIFAS Wanita yang dalam hadas haidh tidak sah melakukan ibadah puasa samada puasa yang wajib atau yang sunat dengan ijmak. Begitu juga tidak sah puasa wanita yang sedang di dalam hadas nifas. Berkata Syeikh Khatib As-Syarbini : (وَالنَّقَاءُ عَنْ الْحَيْضِ وَالنِّفَاسِ) فَلَا يَصِحُّ صَوْمُهُمَا بِالْإِجْمَاعِ كَمَا فِي الْمَجْمُوعِ Artinya : “Dan disyaratkan bersih dari haidh dan nifas. Maka tiada sah puasa perempuan yang sedang haidh dan nifas dengan ijmak ulamak sebagaimana tersebut pada Kitab Al-Majmu’.” (Kitab Mughni Al-Muhtaj) Dari Abu Sa’id Al-Khudri r.a. sungguhnya Rasulullah sollallahu alaihi wasallam bersabda kepada kaum wanita yang mempersoalkan apakah maksud kaum wanita itu kurang agamanya : أَلَيْسَ إِذَا حَاضَتْ لَمْ تُصَلِ وَلَمْ تَصُمْ؟ قُلْنَ: بَلَى. قَالَ: فَذلِكَ مِنْ نُقْصَانِ دِيْنِهَا Artinya : “Bukankah wanita itu bila haid dia tidak sembahyang dan tidak berpuasa?” Kaum wanita menjawab : “Ya.” Rasulullah bersabda : “Maka itulah tanda dari kekurangan agamanya.” (Hadith riwayat Imam Bukahri) Kaum wanita wajib dia qadha puasa yang ditinggalkannya sebab haidh dan tidak wajib dia qadha sembahyang kerana jika diwajibkan mereka qadha sembahyang nescaya jadi memberatkan atas mereka kerana kewajipan solat itu sepanjang tahun manakala kewajipan puasa hanya setahun sekali. Berkata A’isyah r.a. : كنا نؤمر بقضاء الصوم ولا نؤمر بقضاء الصلاة Artinya “Kami diperintahkan untuk mengqadha puasa dan tidak diperintahkan untuk mengqadha sembahyang.” (Hadith Bukhari & Muslim) Jika datang haidh pada hujung hari puasa maka puasanya adalah batal dan wajib atasnya qadha sekalipun datang haidh hanya beberapa saat sebelum waktu berbuka tetapi mereka tetap mendapat pahala puasa kerana terhalang meneruskan puasa sebab uzur syar’ie. Jika datang haidh sesaat selepas waktu berbuka maka puasanya adalah sah. Begitu juga jika datang haidh serentak dengan waktu berbuka puasa maka sah puasanya. Jika seorang wanita itu haidh pada malam dan dia berniat untuk puasa pada esoknya kemudian kering haidhnya pada malam itu nescaya sah dia berpuasa esoknya kerana telah berniat pada malamnya sekalipun dia belum melakukan mandi hadas. Wanita yang tidak berpuasa kerana haidh harus ia makan minum menurut pandangan jumhur ulamak. Cuma dilarang dia makan minum dihadapan orang yang sedang berpuasa atau pada khalayak ramai. Dan setengah ulamak berkata dengan haram atas perempuan yang haidh dan nifas menahan diri dari makan dan minum pada waktu siang Ramadhan. Berkata Syeikh Ramli : وَيَحْرُمُ عَلَيْهِمَا الْإِمْسَاكُ كَمَا قَالَهُ فِي الْأَنْوَارِ Artinya : “Dan haram atas perempuan yang haidh dan nifas menahan diri dari makan minum seperti mana telah berkata akan dia pada Kitab Al-Anwar.” (Kitab Nihayah Al-Muhtaj) Yang dimaksudkan dengan haram menahan diri dari makan dan minum itu ialah dengan tujuan berpuasa. Ada pun tidak dengan tujuan berpuasa tetapi hanya meraikan sahaja maka tidak haram. Harus hukumnya jika seorang wanita memakan ubat untuk menahan datang haidh supaya dapat dia berpuasa sebulan penuh dengan syarat ubat tersebut adalah halal dan tidak memudaratkan dirinya dan sebahgian ulamak memakruhkannya. Tetapi jika dia tidak makan ubat penahan haidh adalah lebih afdhal kerana datangnya haidh adalah fitrah yang Allah telah tentukan ke atas kaum wanita. Demikian juga dengan hadas nifas maka apabila kering darah nifasnya maka sah ia berpuasa sekalipun belum melakukan mandi hadas sebagaimana pada masalah haidh. 4. WAKTU YANG SAH BERPUASA Adalah sah melakukan puasa sepanjang tahun melainkan pada hari-hari berikut : DUA HARI RAYA Daripada Umar Al-Khattab r.a. katanya : إِنَّ هَذَيْنِ يَوْمَانِ نَهَى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ صِيَامِهِمَا : يَوْمَ فِطْرِكُمْ مِنْ صِيَامِكُمْ ، وَالآخَرُ يَوْمَ تَأْكُلُونَ فِيهِ مِنْ نُسُكِكُمْ Artinya : “Sungguhnya kedua hari ini telah melarang olih Rasulullah sollallahu alaihi wasallam dari berpuasa. Yaitu hari raya Fitrah dilarang kamu berpuasa dan hari raya korban ialah hari kamu memakan daging korban kamu.” (Hadith riwayat Bukhari & Muslim) Dan diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. : أن رسول الله صلى الله عليه وسلم نهى عن صيام يومين: يوم الفطر ويوم الأضحى Artinya : “Sungguhnya Rasulullah sollallahu alaihi wasallam melarang dari puasa pada dua hari yaitu hari raya fitrah dan hari raya korban.” (Hadith riwayat Muslim) HARI TASYRIK Hari tasyrik ialah hari yang ke 11 dan 12 dan 13 bulan Zulhijjah. Dari Nubaisyah r.a. katanya Rasulullah sollallahu alaihi wasallam bersabda : أَيَّامُ التَّشْرِيقِ أَيَّامُ أَكْلٍ وَشُرْبٍ وَذِكْرٍ لِلَّهِ عَزَّ وَجَلَّ Artinya : “Hari-hari tasyrik ialah hari untuk makan dan minum dan berzikir kepada Allah Taala.” (Hadith Muslim) Berkata Syeikh Al-Qalyubi : (وَلَا يَصِحُّ صَوْمُ الْعِيدِ) أَيْ عِيدِ الْفِطْرِ أَوْ الْأَضْحَى «نَهَى - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ - عَنْ صِيَامِ يَوْمَيْنِ يَوْمِ الْفِطْرِ وَيَوْمِ الْأَضْحَى» رَوَاهُ الشَّيْخَانِ (وَكَذَا التَّشْرِيقُ) أَيْ أَيَّامُهُ الثَّلَاثَةُ بَعْدَ يَوْمِ الْأَضْحَى لَا يَصِحُّ صَوْمُهَا (فِي الْجَدِيدِ) لِأَنَّهُ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ - نَهَى عَنْ صِيَامِهَا رَوَاهُ أَبُو دَاوُد بِإِسْنَادٍ صَحِيحٍ وَفِي حَدِيثِ مُسْلِمٍ «أَنَّهَا أَيَّامُ أَكْلٍ وَشُرْبٍ وَذِكْرٍ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ Artinya : “Dan tidak sah berpuasa pada hari raya artinya hari raya fitrah dan hari raya korban. Rasulullah sollallahu alaihi wasallam telah melarang dari berpuasa pada dua hari yaitu hari raya fitrah dan hari raya korban. Telah meriwayatkannya olih Imam Bukhari dan Muslim. Dan begitu juga tidak sah berpuasa pada hari tasyrik artinya tiga hari selepas hari raya korban menurut qaul jadid dari kerana sungguhnya Rasulullah sollallahu alaihi wasallam melarang dari berpuasa pada hari-hari tersebut yang telah meriwayatkannya olih Abu Daud dengan sanad yang sahih dan pada hadith Muslim sabdanya : Bahawasanya hari tasyrik itu ialah hari-hari untuk makan dan minum dan zikirullah Azza Wa Jalla.” (Kitab Hasyiah Al-Qalyubi) Jika seorang itu berpuasa juga pada hari yang diharamkan ini maka puasanya adalah tidak sah dan dia berdosa kerana telah melakukan perkara yang haram. SELEPAS NISFU SYA’BAN Ini adalah kerana Nabi sollallahu alaihi wasallam telah bersabda : إِذَا انْتَصَفَ شَعْبَانُ فَلا تَصُومُوا Artinya : “Apabila telah separuh berlalu bulan Sya’ban maka jangan kamu sekelian berpuasa.” (Hadith riwayat At-Tirmizi) Tetapi jika seorang itu melakukan puasa yang wajib selepas nisfu Sya’ban atau dia sudah biasa berpuasa sunat sebelum itu maka tidak mengapa dia meneruskan berpuasa selepasnya. Berkata Syeikh Ibnu Hajar : إلا لورد بأن اعتاد صوم الدهر أو صوم يوم وفطر يوم أو صوم يوم معين كالاثنين فصادق ما بعد النصف. "أو نذر" مستقر في ذمته "أو قضاء" لنفل أو فرض "أو كفارة" فيجوز صوم ما بعد النصف عن ذلك Artinya : “Melainkan bagi puasa wirid dengan bahawa dia sudah beradat melakukan puasa berpanjangan atau puasa selang sehari atau puasa pada hari tertentu seperti puasa hari isnin kemudian berbetulan dengan hari selepas nisfu atau puasa yang dia tetapkan dalam tanggungannya atau puasa qadha bagi sunat atau fardu atau puasa kafarah maka harus dia berpuasa selepas nisfu dari bulan Sya’ban itu.” (Kitab Minhaj Al-Qawwim) wallahua’lam ustaz azhar idrus

Post image
❤️ 👍 🙏 46
Image
Ustaz Azhar Idrus
Ustaz Azhar Idrus
3/1/2025, 11:29:56 AM
Post image
❤️ 👍 😮 🙏 😢 242
Image
Ustaz Azhar Idrus
Ustaz Azhar Idrus
2/28/2025, 11:53:37 PM

FIQAH PUASA Bahagian 2 SYARAT WAJIB PUASA 1. ISLAM Kewajipan puasa Ramadhan hanyalah atas orang yang Islam sahaja. Orang yang bukan Islam tidak diwajibkan mengerjakan puasa Ramadhan di dalam dunia dan mereka tidak dikenakan hukuman apabila meninggalkan kewajipan puasa di dunia ini. Artinya jika orang bukan Islam itu tinggal di dalam negara umat Islam maka dia tidak dikenakan hukuman oleh pemerintah kerana meinggalkan puasa sebagaimana dikenakan hukuman takzir ke atas orang Islam yang tidak berpuasa. Tetapi di akhirat nanti orang yang bukan Islam turut disoal atas segala kewajipan yang mereka tinggalkan seperti sembahyang dan puasa dan lain-lain menurut pendapat jumhur ulamak. Dan mereka akan diazab atas setiap kewajipan yang mereka tinggalkan itu dari kerana mereka bolih melakukannya apabila mereka memeluk Islam. Menyebut olih Dr Wahbah Az-Zuahili : وعند الجمهور: الكفار مخاطبون بفروع الشريعة في حال كفرهم بمعنى أنه يجب عليهم الإسلام، ثم الصوم، إذ لا يصح الصوم لأنه عبادة بدنية محضة تفتقر إلى النية، فكان من شرطه الإسلام كالصلاة، ويزاد في عقوبتهم في الآخرة بسبب ذلك؛، ولكن لا يطالبون بفعلها في حال كفرهم، فتنحصر ثمرة الخلاف في مضاعفة العذاب في الآخرة Artinya : “Dan pada sisi jumhur ulamak sekelian orang kafir dihadapkan dengan perintah segala cabang syariat pada ketika kufur mereka itu dengan makna wajib atas mereka memeluk Islam kemudian melakukan ibadah puasa dari kerana sungguhnya tidak sah puasa ketika kufur kerana puasa adalah ibadah yang bangsa tubuh badan yang berhajat kepada berniat maka adalah syaratnya Islam seperti sembahyang. Dan ditambah akan azab mereka pada akhirat sebab yang demikian itu akan tetapi tidaklah dituntut mengerjakan puasa itu dalam keadaan mereka kafir. Maka tersimpanlah hasil perselisihan itu pada bergandanya azab pada akhirat.” (Kitab Al-Fiqh Al-Islami) Jika orang bukan Islam mengerjakan ibadah puasa ketika di dunia nescaya puasa mereka tidak sah dan tidak diterima kerana kekafiran mereka. Begitu juga segala amal solih yang lain yang dikerjakan olih orang bukan Islam ketika hidup kerana Allah tidak sesekali menerima amalan orang-orang yang tidak beriman. Firman Allah : وَمَنْ يَبْتَغِ غَيْرَ الْإِسْلَامِ دِينًا فَلَنْ يُقْبَلَ مِنْهُ وَهُوَ فِي الْآَخِرَةِ مِنَ الْخَاسِرِينَ Artinya : “Dan siapa yang mencari agama selain Islam maka tidak akan diterima daripadanya. Dan adalah dia di akhirat nanti termasuk orang-orang yang sangat rugi.” (‘Ali-Imran : 85) Demikian lagi tidak sah puasa yang dikerjakan olih orang arab atau melayu atau lainnya yang tidak Islam. Kerana makna Islam ialah agama seseorang itu bukannya bangsa seseorang. Jika orang melayu yang tidak beriman atau orang melayu yang murtad maka tidak termasuk dalam kalangan orang yang Islam. Maka puasa mereka tidak akan diterima olih Allah. Akhir-akhir ini wujud ramai orang yang hanya mengaku beragama Islam tetapi hakikatnya mereka bukan lagi beragama Islam kerana telah melakukan pelbagai perbuatan dan amalan yang menjadikan mereka terkeluar dari Islam samada dengan sedar atau tanpa sedar. Antara sebab yang mengeluarkan seseorang dari agama Islam ialah berkata dengan perkataan yang mengkafirkan seperti mempersendakan Allah atau Rasulullah atau memperlekehkan hukum Quran atau menolak hadith sebagai sumber hukum atau menghina anak isteri Rasulullah atau menghalalkan yang haram seperti menghalalkan buka aurat dan hubungan sex sejenis atau seumpamanya. Maka semua contoh ini apabila diucapkan atau dilakukan olih orang Islam dalam keadaan sedar dan tidak ada paksaan maka jadilah orang yang berkata itu keluar dari agama Islam secara automatik samada dia bersetuju atau tidak. Berkata Dr Wahbah Az-Zuhaili : للردة أسباب ثلاثة كبرى وهي 1 - إنكار حكم مجمع عليه في الإسلام، كإنكار وجوب الصلاة والصوم والزكاة والحج، وإنكار تحريم الخمر والربا وكون القرآن كلام الله. 2 - فعل بعض أفعال الكفار: كإلقاء مصحف في قاذورة متعمداً، وكذلك إلقاء كتب التفسير والحديث، وكالسجود لصنم وممارسة بعض عبادات الكفار أو خصائصهم في اللباس والشراب. 3 - التحلل من الإسلام بسب الإله أو سب نبي أو سب الدين، أو استباحة تعري المرأة ومنع الحجاب. Artinya : “Ada tiga sebab yang utama terjadinya riddah yakni jatuh kepada murtad yaitu : 1. Ingkarkan hukum yang diijmakkan atasnya pada agama Islam seperti ingkarkan kewajipan solat dan puasa dan haji dan zakat dan ingkarkan pengharaman arak dan riba dan ingkarkan Al-Quran sebagai kalam Allah. 2. Berbuat akan sebahagian perbuatan orang-orang kafir seperti melemparkan mushaf pada tempat yang kotor dengan sengaja. Dan seperti demikian juga hukumnya melemparkan segala kitab tafsir dan kitab hadith. Dan seperti sujud bagi berhala dan melakukan akan sebahagian upacara ibadah orang kafir atau melakukan perkara yang khusus bagi orang kafir pada berpakaian dan minuman. 3. Melepaskan dari agama Islam dengan mencela Allah atau mencela Nabi atau mencela agama atau mengharuskan perempuan membuka aurat dan menghalang perintah menutup aurat.” (Kitab Al-Fiqh Al-Islami) Maka jika orang-orang yang telah murtad ini berpuasa sekalipun tetap tidak akan diterima dan amalan mereka itu tidak akan ditulis dan tidak ada menafaat sedikit pun dan di akhirat nanti mereka kekal di dalam neraka selama-lamanya. Firman Allah Taala : وَمَنْ يَرْتَدِدْ مِنْكُمْ عَنْ دِينِهِ فَيَمُتْ وَهُوَ كَافِرٌ فَأُولَئِكَ حَبِطَتْ أَعْمَالُهُمْ فِي الدُّنْيَا وَالْآَخِرَةِ وَأُولَئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ Artinya : “Sesiapa yang murtad daripada kamu dari agamanya kemudian ia mati sedangkan dia kafir maka mereka itulah yang sia-sia segala amalan mereka di dunia dan di akhirat. Mereka itulah penghuni neraka dan mereka akan kekal di dalam neraka.” (Al-Baqarah : 217) Jika seorang yang kafir memeluk Islam pada pertengahan bulan Ramadhan maka wajib dia berpuasa pada baki bulan Ramadhan dan tidak wajib atasnya qadha akan hari-hari Ramadhan yang lepas dengan sepakat ulamak. Contohnya orang yang kafir memeluk Islam pada 15 hari bulan Ramadhan maka wajib dia berpuasa akan 15 hari yang tinggal lagi dari bulan Ramadhan tersebut. Firman Allah Taala : قُل لِّلَّذِينَ كَفَرُوا إِن يَنتَهُوا يُغْفَرْ لَهُم مَّا قَدْ سَلَفَ Artinya : “Katakanlah bagi segala orang-orang kafir itu jika mereka berhenti dari kekafiran mereka itu nescaya diampunkan bagi mereka akan apa yang telah lalu.” (Al-Anfal : 38) Dan pada masalah masuk Islam olih seorang kafir pada siang hari Ramadhan maka sunat atasnya imsak yakni menahan diri dari makan minum sehingga waktu berbuka di sisi jumhur ulamak kerana meraikan waktu puasa dan tidak wajib dia qadha akan puasa pada hari tersebut. 2. BALIGH Puasa Ramadhan diwajibkan ke atas kanak-kanak yang telah baligh artinya sampai usia seseorang memikul perintah-perintah syarak olih itu jika malamnya dia telah berniat puasa kemudian pada esoknya kanak-kanak tersebut telah baligh nescaya wajib dia imsak yakni meneruskan berpuasa kerana dia telah menjadi seorang yang diwajibkan berpuasa. Kanak-kanak yang belum baligh tidak wajib atasnya berpuasa akan tetapi wajib atas penjaganya menyuruhnya berpuasa ketika sampai usia kanak-kanak itu tujuh tahun kerana melatihnya supaya terbiasa dengan ibadah berpuasa apabila dia baligh nanti. Berkata Syeikh Al-Qalyubi : فَلَا يَجِبُ عَلَى الصَّبِيِّ وَالْمَجْنُونِ لِعَدَمِ تَكْلِيفِهِمَا Artinya : “Maka tidak wajib olih puasa atas kanak-kanak dan orang gila kerana ketiadaan mukallaf keduanya itu.” (Kitab Hasyiah Al-Qalyubi Wa ‘Umairah) Jika kanak-kanak itu menjadi baligh ketika siang hari Ramadhan nescaya tidak wajib atasnya qadha puasa pada hari itu menurut pendapat yang paling sahih. Berkata Syeikh Khatib As-Syarbini : (وَلَوْ بَلَغَ) الصَّبِيُّ، (فِيهِ) أَيْ النَّهَارِ (مُفْطِرًا أَوْ أَفَاقَ) الْمَجْنُونُ فِيهِ (أَوْ أَسْلَمَ) الْكَافِرُ فِيهِ (فَلَا قَضَاءَ) عَلَيْهِمْ (فِي الْأَصَحِّ) لِعَدَمِ التَّمَكُّنِ مِنْ زَمَنٍ يَسَعُ الْأَدَاءَ Artinya : “Dan kalau kanak-kanak menjadi baligh pada siang hari Ramadhan dalam keadaan tidak berpuasa atau jadi siuman orang yang gila atau masuk Islam seorang kafir maka tidak wajib qadha atas mereka menurut pendapat yang paling sahih kerana ketiadaan mendapat akan masa yang lulus bagi menunaikan puasa.” (Kitab Mughni Al-Muhtaj) Tanda baligh bagi kanak-kanak lelaki dan kanak-kanak perempuan ialah keluar mani dan tanda baligh bagi kanak-kanak perempuan sahaja ialah keluar darah haidh dan umur yang paling awal berlaku keluar mani dan haidh ialah ketika umur mereka sembilan tahun. Berkata Al-Hafiz Al-Imam Al-Asqalani : وقد أجمع العلماء على أن الحيض بلوغ في حق النساء Artinya : “Dan sungguhnya telah ijmak olih para ulama atas bahawa keluar haidh ialah tanda baligh bagi kaum wanita.” (Kitab Fathul Baari) Dan jika kanak-kanak lelaki tidak keluar mani dan kanak-kanak perempuan tidak keluar darah haidh maka had baligh keduanya ialah apabila sampai umur keduanya lima belas tahun. Kanak-kanak yang belum baligh tidak wajib atasnya mengerjakan ibadah puasa tetapi wajib dilatih mereka untuk melakukan amalan yang wajib seperti sembahyang dan puasa dan menutup aurat apabila umur mereka genap tujuh tahun. Berkata Syeikh Al-Qalyubi : (وَيُؤْمَرُ بِهِ الصَّبِيُّ لِسَبْعٍ إذَا أَطَاقَ) وَفِي الْمُهَذَّبِ وَيُضْرَبُ عَلَى تَرْكِهِ لِعَشْرٍ قِيَاسًا عَلَى الصَّلَاةِ، وَفِي شَرْحِهِ: يَجِبُ عَلَى الْوَلِيِّ أَنْ يَأْمُرَهُ بِهِ وَيَضْرِبَهُ عَلَى تَرْكِهِ ثُمَّ قَالَ: وَلَا يَصِحُّ صَوْمُهُ إلَّا بِنِيَّةٍ مِنْ اللَّيْلِ Artinya : “Dan diperintahkan dengan berpuasa akan kanak-kanak ketika usia tujuh tahun apabila kanak-kanak itu mampu dan tersebut pada Kitab Al-Muhazzab : Harus dipukul akan kanak-kanak atas sebab meninggalkan puasa ketika usianya sepuluh tahun kerana dikiaskan atas sembahyang. Dan tersebut pada Kitab Syarah Al-Muhazzab : Wajib atas penjaganya bahawa menyuruh kanak-kanak dengan berpuasa dan dipukulnya atas meningglkan puasa kemudian berkata : Dan tiada sah puasa kanak-kanak itu kecuali dengan berniat pada malamnya.” (Kitab Hasyiah Al-Qalyubi Wa ‘Umairah) 3. BERAQAL Tidak wajib puasa atas orang yang tidak mempunyai aqal seperti orang gila. Telah bersabda olih Rasulullah sollallahalaihi wasallam : وَعَنِ الْمَجْنُونِ حَتَّى يَفِيقَ Artinya : “Tidak ditulis dosa dan pahala ke atas orang yang gila sampailah ia siuman.” (Hadith Turmizi & Ibnu Majah) Orang gila tidak akan ditanya diakhirat nanti tentang puasanya dan lain-lain kewajipan dan tidak akan diazab dengan syarat bukan gila yang berpunca dari perbuatan dirinya. Gila yang terlepas dari taklif syarak ini ialah gila yang bukan disengajakan atau dari usaha dirinya seperti gila keturunan dan seumpamanya. Adapun jika gila itu terjadi sebab disengajakan seperti seorang yang menghidu gam atau menghisap dadah atau seumpamanya lalu menjadi gila maka dia bertanggung jawab atas semua amal wajib yang dia tinggalkan ketika dia menjadi gila dan diazab di akhirat nanti kerana meninggalkan amalan yang diwajibkan ke atasnya. Berkata Syeikh Ibnu Hajar : فَلَا يَجِبُ عَلَى صَبِيٍّ وَمَجْنُونٍ لِرَفْعِ الْقَلَمِ عَنْهُمَا وَيَجِبُ عَلَى السَّكْرَانِ الْمُتَعَدِّي Artinya : “Maka tiada wajib puasa atas kanak-kanak dan orang gila kerana tidak ditulis segala amalan keduanya dan wajib puasa atas orang yang mabuk (hilang aqal) yang sengaja.” (Kitab Tuhfatul Muhtaj) Yang dimaksudkan mabuk dengan sengaja ialah minum arak atau hisap dadah lalu hilang aqalnya maka tidak diberi kelonggaran olih syarak ke atasnya meninggalkan kewajipan syarak sebagaimana dimaafkan ke atas orang yang tidak beraqal sebab masih kecil atau gila. Orang yang hilang aqal sebab pengsan maka jika dia telah berniat pada malamnya lalu pada siang hari puasanya dia telah pengsan bukan sepanjang hari seperti dia pengsan dari pagi sampai tengahari atau dia pengsan dari tengahari sampai petang maka puasanya adalah sah. Tetapi jika dia pengsan dari awal hari sampai ke waktu berbuka maka puasanya tidak sah menurut pendapat yang paling kuat. Orang yang tidur sepanjang hari adalah sah puasanya tetapi makruh perbuatannya itu. Adapun tidur yang sekejap maka tidak makruh hukumnya. Olih itu barang siapa yang gugur daripadanya salah satu dari dua syarat ini yaitu beraqal dan baligh nescaya gugur daripadanya taklif syarak. Berkata Dr Mustafa Al-Bugha : ويقصد بالتكليف أن يكون المسلم بالغاً عاقلاً، فإن فقد أحد هذين الوصفين سقطت صفة التكليف عنه، وإذا سقطت صفة التكليف عنه لم يطالب بشيء من الوظائف الدينية. ودليل ذلك: حديث علي - رضي الله عنه - عن النبي - صلى الله عليه وسلم - قال: " رفع القلم عن ثلاثة: عن النائم حتى يستيقظ، وعن الصبي حتى يحتلم، وعن المجنون حتى يعقل " رواه أبوداود وغيره. Artinya : “Yang dimaksudkan dengan taklif syarak itu ialah bahawa adalah orang Islam itu telah baligh dan beraqal. Maka jika ketiadaan salah satu dari dua sifat ini nescaya gugurlah sifat taklif daripadanya. Dan apabila telah gugur sifat taklif daripadanya nescaya tidak dituntut akan dia dengan suatu dari pekerjaan agama. Dan bermula dalil yang demikian itu ialah hadith Ali r.a. daripada Nabi sollallahu alaihi wasallam bersabda : Diangkat qalam yakni tidak ditulis amalan dari tiga golongan yaitu dari orang tidur sehingga dia jaga dan dari kanak-kanak sehingga dia baligh dan daripada orang gila hingga dia siuman. Hadith riwayat Abu Daud dan lainnya.” (Kitab Al-Fiqh Al-Manhaji) Dan adapun orang yang mengalami kurang upaya seperti pesakit down sindrom dan lembam dan autisme dan seumpamanya maka jika lemah aqalnya tiada dapat memahami perintah syarak maka tiada wajib atas mereka berpuasa dan jika faham mereka akan perintah syarak maka wajib atas mereka berpuasa jika mereka mampu lakukannya. Berkata Dr Abdul Karim Zaidan : وعلى هذا لا تجب عليه العبادات ولكن يصح منه أداؤها Artinya : “Dan atas golongan ini tidak wajib atasnya melakukan ibadah akan tetapi jika mereka lakukannya maka ibadahnya itu sah.” (Kitab Al-Wajiz Fi Usul Al-Fiqh) 4. BERKEMAMPUAN Tidak diwajibkan berpuasa ke atas orang yang tidak mempunyai kemampuan samada sebab sangat tua atau sakit yang berat. Firman Allah Taala : وَعَلَى الَّذِينَ يُطِيقُونَهُ فِدْيَةٌ طَعَامُ مِسْكِينٍ Artinya : “Dan atas orang-orang yang tidak mempunyai kemampuan berpuasa (harus dia tidak berpuasa dan) memberi fidyah makanan kepada orang miskin.” (Al-Baqarah : 184) Berkata Syeikh Ad-Damiri : فالعاجز بكبر أو مرض لا يلزمه الصوم، بمعنى: أنه لا يتحتم عليه Artinya : “Maka orang yang lemah dengan sebab terlalu tua atau sakit tidak wajib ia berpuasa dengan makna tidak ada kemestian atasnya.” (Kitab An-Najm Al-Wahhaj Syarah Al-Minhaj) Akan tetapi jika orang yang lemah samada sebab terlalu tua atau sakit itu berpuasa juga maka puasanya adalah sah. wallahua’lam ustaz azhar idrus

Post image
❤️ 👍 😢 🙏 😮 😂 469
Image
Ustaz Azhar Idrus
Ustaz Azhar Idrus
2/18/2025, 11:52:39 AM

https://www.facebook.com/share/v/15eVCSqZ6Z/?mibextid=wwXIfr

❤️ 👍 😮 85
Ustaz Azhar Idrus
Ustaz Azhar Idrus
2/19/2025, 6:01:22 AM
Post image
❤️ 👍 😂 😮 🙏 😢 208
Image
Ustaz Azhar Idrus
Ustaz Azhar Idrus
2/19/2025, 7:00:33 AM
Post image
❤️ 👍 😢 😮 😂 🙏 144
Image
Ustaz Azhar Idrus
Ustaz Azhar Idrus
2/19/2025, 7:01:25 AM

SEDEKAH HUTANG YANG TIDAK DITEMUI TUANNYA SOALAN : Kalau kita ada berhutang dengan seseorang tetapi ketika hendak membayarnya tuannya menghilangkan diri jadi bolihkah kita sedekah duit tersebut? JAWAPAN : Membayar hutang adalah wajib bila sampai tempuhnya dan jika tidak ada tuan hutang nescaya wajib mencarinya. Jika tuan hutang sudah mati maka wajib diserahkan duit tersebut kepada warisnya. Olih kerana itulah haram bersedekah duit hutang yang tuannya sudah mati sebelum menyerahkan kepada warisnya. Ada pun jika warisnya pun tidak dapat ditemui lagi maka haruslah bersedekah pada ketika itu. Berkata Imam Al-Ghazali : أن الذنوب التى بين العباد إما فى المال ويجب رده عند المكنة فإن عجز لفقر استحله فإن عجز عن استحلاله لغيبته أو موته وأمكن التصدق عنه فعله وإلا فليكثر من الحسنات ويرجع إلى الله ويتضرع إليه فى أن يرضيه عنه يوم القيامة .اهـ Artinya : “Sungguhnya segala dosa itu yang antara manusia adakalanya pada harta. Maka wajiblah mengembalikannya kepada tuannya ketika mampu. Maka jika tidak mampu kerana miskin misalnya maka hendaklah meminta halal dari tuannya. Dan jika tidak dapat meminta halal dari tuannya sebab tiada dapat dikesan tuannya atau telah mati dan andainya mampu bersedekah maka bersedekahlah daripadanya. Kalau bersedekah pun tidak mampu maka banyakkanlaah melakukan amal kebajikan dan menyerahkan kepada Allah dalam keadaan rendah diri mudah-mudahan tuannya redha daripadanya pada hari kiamat nanti.” (Kitab Minhajul Abidin) wallahua’lam ustaz azhar idrus

Post image
❤️ 👍 😢 😂 😮 🙏 190
Image
Ustaz Azhar Idrus
Ustaz Azhar Idrus
2/18/2025, 11:53:05 AM

https://www.youtube.com/live/__ETk17FP2o?si=sdYYr9fkKJu-kCdW

❤️ 👍 😂 😮 🙏 80
Ustaz Azhar Idrus
Ustaz Azhar Idrus
2/18/2025, 12:03:01 PM

Hadith Solat Tiang Agama Dalam suatu hadith yang selalu kita dengar di mana Nabi saw bersabda : الصَّلاةُ عِمادُ الدِّينِ ، مَنْ أقَامَها فَقدْ أقَامَ الدِّينَ ، وَمنْ هَدمَها فَقَد هَدَمَ الدِّينَ artinya : “Solat itu adalah tiang agama. Barangsiapa yang mendirikannya maka dia telah mendirikan agamanya dan barangsiapa yang merobohkannya berarti dia telah merobohkan agamanya." Haruskan para penceramah dan para pendakwah menyampaikan hadith ini ketika mengingatkan manusia supaya menjaga solat lima waktu? Ini adalah kerana ada orang yang mengatakan hadith ini adalah palsu dan haram mengamalkannya samada untuk diri sendiri atau untuk mengingatkan orang lain. Lafaz seperti hadith di atas adalah diriwayatkan olih Imam Baihaqi di dalam kitab Syu'abul Iman dengan sanad yang dhaif yang diriwayatkan dari Ikrimah dari Umar r.a. secara marfu’. Imam Baihaqi mengambil perkataan gurunya Imam Al-Hakim di mana Al-Hakim telah berkata : “Ikrimah tidak pernah mendengar Umar r.a." sebagaimana diambil dari kitab Al-Maqosid. Imam Ibnu Sholah berkata dalam kitab “Misykal al-Wasith” : Tidak dikenali. Imam Al-hafiz Ibnu Hajar Al-Asqallani berkata pada kitab At-Talkhish : "Lafaz hadith tersebut (yakni solat tiang agama) telah diriwayakan olih guru kepada Imam Bukhari yaitu Abu Nu'aim di dalam kitab As-Solah daripada Habib bin Salim dari Bilal bin Yahya ia berkata : Seorang lelaki datang kepada Nabi saw lalu bertanya kepada baginda kemudian baginda bersabda : "Bermula solat itu adalah tiang agama." Berkata Al-Hafiz : Hadith ini mursal dan semua perawinya adalah tsiqah. Al-Hafiz telah memberi penilaian 'makbul' ke atas rawi Habib bin Salim ini pada kitabnya At-Taqrib. Berarti rawi tersebut dijadikan penguat bagi yang lain. Maka dari sisi sanad hadith solat tiang agama ini adalah dhaif manakala dari sisi makna pula ia adalah sahih. Muaz bin Jabal r.a. telah meriwayatkan hadith yang semakna dengan hadith di atas yaitu sabda Rasulullah saw : رَأْسُ الأَمْرِ الإِسْلاَمُ وَعَمُودُهُ الصَّلاَةُ وَذِرْوَةُ سَنَامِهِ الْجِهَادُ artinya : "Kepala segala pekerjaan itu ialah Islam dan tiang Islam itu adalah solat dan puncaknya adalah jihad." (Hadith Tirmizi, Ahmad & Ibnu Majah) Imam Tirmizi menyatakan hadith ini adalah hasan sahih. Kesimpulan - Hadith Solat Adalah Tiang Agama adalah dhaif sanadnya. - Perkataan yang mengatakan hadith ini adalah palsu adalah dusta. - Harus menyampaikannya sebagai peringatan kepada manusia supaya menjaga solat lima waktu. - Perkataan yang berkata haram menyampaikannya adalah salah dan terbit dari mulut orang yang sangat jahil. - Makna hadith tersebut adalah sahih. wallahua'lam

Post image
❤️ 👍 😢 🙏 😮 😂 657
Image
Ustaz Azhar Idrus
Ustaz Azhar Idrus
2/19/2025, 7:02:50 AM

BATAL ATAU TIDAK SOLAT ORANG TERKENA RENJATAN ELEKTRIK? SOALAN : Di antara perkara yang menjadikan wuduk kita batal ialah hilang ingatan sebab tidur atau pingsan. Soalan saya batal atau tidak wuduk orang yang terkena renjatan letrik? JAWAPAN : Sekelian sebab yang menjadikan seorang itu hilang aqal sekali pun sekejap seperti terlelap dan tidur dan pitam dan pingsan sekalipun hilang aqal sekejap sebab terkena renjatan eletrik adalah membatalkan wuduk maka apabila wuduk telah batal nescaya batal pula solatnya jika berlaku di dalam solat. Tersebut pada kitab Riyadhul Badi’ah : وينتقض مصعوق ومذعور ومسحور لزوال تمييزهم Artinya : “Dan batal wuduk orang yang terkena kilat dan terkejut ketakutan dan yang kena sihir kerana hilang pembezaan aqal dari mereka.” Maka solat orang yang terkena renjatan eletrik itu kalau hilang aqalnya walau sekejap nescaya batal solatnya kerana telah batal wuduknya. wallahua’lam ustaz azhar idrus

Post image
❤️ 👍 🙏 😂 😮 179
Image
Link copied to clipboard!