
Ustaz Azhar Idrus
January 28, 2025 at 03:57 AM
NAMPAK NAJIS PADA ORANG LAIN
SOALAN :
Kalau kita nampak ada najis pada seluar orang yang hendak solat adakah wajib kita beritahunya atau tidak wajib beritahu?
JAWAPAN :
Siapa yang nampak ada najis pada seorang yang hendak sembahyang samada pada badannya atau pada pakaiannya misalnya maka wajib atasnya memberitahunya supaya tidak dia sembahyang dengan najis.
Berkata Syeikh Al-Qalyubi :
قَوْلُهُ: (مَعَ النَّجِسِ) أَيْ وَإِنْ جَهِلَهُ وَيَجِبُ عَلَى مَنْ رَآهُ إعْلَامُهُ بِهِ
Artinya : “Dan katanya (tidak sah sembahyang) serta najis (pada badan atau pakaiannya) artinya sekalipun dia tidak tahu akan najis itu dan wajiblah atas siapa yang melihat najis itu memberi tahunya akan najis itu.” (Hasyiah Al-Qalyubi)
Maksudnya kalau kita nampak pada pakaian seorang yang hendak sembahyang misalnya ada najis maka wajib atas kita memberitahu orang tersebut kerana jika dia sembahyang dalam keadaan membawa najis seperti itu maka sembahyangnya tidak sah.
wallahua’lam
ustaz azhar idrus
❤️
👍
😮
😂
🙏
😢
545