Ustaz Azhar Idrus
Ustaz Azhar Idrus
January 29, 2025 at 11:34 PM
فتاوى معاصي اللسان والجوارح Fatwa Sekelian Maksiat Lisan & Anggota فصل في الواجبات القلبية Fasal Pada Menerangkan Yang Wajib Yang Bangsa Hati الندم على المعاصي . Sesal Atas Maksiat من الواجبات القلبية التوبة من المعاصي إن كانت كبيرة أو صغيرة وهي الندم ، ويجب أن يكون الندم لأجل أنه عصى ربه ، فإنه لو كان ندمه لأجل الفضيحة بين الناس لم يكن ذلك توبة . Setengah dari segala yang wajib bagi hati ialah bertaubat dari segala maksiat jika dosa itu besar atau kecil ialah menyesal. Dan wajib bahawa adalah sesal itu dari kerana dia telah derhaka akan Tuhannya. Maka sungguhnya jikalau adalah sesalnya itu kerana malu dengan manusia nescaya bukanlah demikian itu dinamakan taubat. KETERANGAN PERINTAH BERTAUBAT KEPADA ALLAH Allah Taala telah berfirman : وَتُوبُوا إِلَى اللَّهِ جَمِيعًا أَيُّهَ الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ Artinya : “Dan hendaklah kamu semua bertaubat kepada Allah sekeliannya wahai orang-orang yang beriman semoga kamu semua mendapat kejayaan.” (An-Nur : 31) Dan firman Alla Taala : يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا تُوبُوا إِلَى اللَّهِ تَوْبَةً نَصُوحًا عَسَىٰ رَبُّكُمْ أَنْ يُكَفِّرَ عَنْكُمْ سَيِّئَاتِكُمْ وَيُدْخِلَكُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ Artinya : “Wahai orang-orang yang beriman bertaubatlah kamu semua kepada Allah akan taubat nasuha semoga Tuhan kamu menghapuskan daripada kamu segala dosa-dosa kamu dan memasukkan akan kamu semua ke dalam syurga yang berlari daripada bawahnya sungai-sungai.” (At-Tahrim : 8) Telah diriwayatkan daripada Al-Aghar bin Yasar Al-Muzani r.a. : أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ يَا أَيُّهَا النَّاسُ تُوبُوا إِلَى اللَّهِ فَإِنِّي أَتُوبُ فِي الْيَوْمِ إِلَيْهِ مِائَةَ مَرَّةٍ Artinya : “Sungguhnya Rasulullah saw telah bersabda : Wahai sekelian manusia bertaubatlah kamu kepada Allah maka sungguhnya aku bertaubat kepadanya dalam sehari semalam sebanyak seratus kali.” (Hadith riwayat Muslim) ARTI TAUBAT Para ulamak daripada salaf dan khalaf telah menyebut pengertian dan istilah tentang taubat dengan pelbagai pengertian dan istilah. Berkata Imam As-Safarini Al-Hanbali : وَالتَّوْبَةُ فِي الْعُرْفِ النَّدَمُ عَلَى مَا مَضَى مِنْ الْمَعَاصِي وَالذُّنُوبِ. وَالْعَزْمُ عَلَى تَرْكِهَا دَائِمًا لِلَّهِ عَزَّ وَجَلَّ لَا لِأَجْلِ نَفْعِ الدُّنْيَا أَوْ أَذَى النَّاسِ. وَأَنْ لَا يَكُونَ عَلَى إكْرَاهٍ . Artinya : “Dan taubat pada pengertian syarak ialah menyesal atas barang yang telah lalu dari segala maksiat dan dosa dan berazam atas meninggalkannya selama-selama kerana Allah Taala bukan kerana menafaat dunia atau kerana disakiti manusia dan tidaklah ada taubat itu kerana dipaksa.” (Kitab Ghaza’ Al-Albab fi Syarh Manzhumah Al-Adab) Berkata Imam Al-Baghawi : قَالَ عُمَرُ وَأُبَيٌّ وَمُعَاذٌ - رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمْ -: التَّوْبَةُ النَّصُوحُ أَنْ يَتُوبَ ثُمَّ لَا يَعُودُ إلَى الذَّنْبِ كَمَا لَا يَعُودُ اللَّبَنُ إلَى الضَّرْعِ Artinya : “Berkata Umar dan Ubaid an Mua’az r.a. bermula taubat yang nasuha ialah bahawa dia bertaubat dengan tidak kembali kepada dosa seperti tidak kembali susu ke dalam bekasnya.” (Kitab Tafsir Al-Baghawi) Berkata Ibnu Al-Jauzi : وَاعْلَمْ أَنَّ التَّوْبَةَ نَدَمٌ يُورِثُ عَزْمًا وَقَصْدًا، وَعَلَامَةُ النَّدَمِ طُولُ الْحُزْنِ عَلَى مَا فَاتَ. وَعَلَامَةُ الْعَزْمِ وَالْقَصْدِ التَّدَارُكُ لِمَا فَاتَ وَإِصْلَاحُ مَا يَأْتِي Artinya : “Ketahui olihmu bahawsanya taubat itu ialah menyesal yang membawa kepada azam dan niat. Dan tanda menyesal itu ialah panjang masa dia berdukcita atas perkara yang telah ebrlaku. Dan tanda azam dan niat itu ialah mengerjakan apa yang telah luput dan memperbaiki dengan lebih baik pada perkara yang akan datang.” Berkata Abu Al-Husain : التَّوْبَةُ نَدَمُ الْعَبْدِ عَلَى مَا كَانَ مِنْهُ، وَالْعَزْمُ عَلَى تَرْكِ مِثْلِهِ كُلَّمَا ذَكَرَهُ، وَتَكْرَارِ فِعْلِ التَّوْبَةِ كُلَّمَا خَطَرَتْ مَعْصِيَتُهُ بِبَالِهِ Artinya : “Bermula taubat itu ialah sesal seorang hamba atas apa yang telah berlaku dari dirinya dan berazam atas meninggalkan perbuatan seumpamanya dan mengulangi taubat setiap kali terlintas pada hatinya maksiat yang sama.” (Kitab Nihayatul Mubtadi'in) Berkata Imam Al-Hasan Al-Basri : نَدَمٌ بِالْقَلْبِ وَاسْتِغْفَارٌ بِاللِّسَانِ، وَتَرْكٌ بِالْجَوَارِحِ، وَإِضْمَارُ أَنْ لَا يَعُودَ Artinya : “Taubat ialah menyesal dengan hati dan istighfar dengan lidah dan tinggalkan dosa dengan segala anggota dan berniat bahawa tidak lagi akan kembali.” Berkata Imam Al-Kalbi : هِيَ أَنْ يَسْتَغْفِرَ بِاللِّسَانِ، وَيَنْدَمَ بِالْقَلْبِ، وَيُمْسِكَ بِالْبَدَنِ Artinya : “Taubat ialah bahawa istighfar dengan lidah dan meneysal dengan hati dan menahan dari berbuat dosa dengan tubuh badan.” Dari semua istilah dan pengertian taubat yang disebut olih ulamak-ulamak ini membawa maksud yang sama yaitu taubat ialah kembali kepada Allah dengan berhenti melakukan dosa dan menyesal di dalam hati kerana telah berbuat dosa dan berazam tidak mahu melakukannya lagi selepas itu. Dari kerana itulah disyaratkan pada taubat itu akan tiga perkara yaitu meninggalkan perbuatan dosa dan menyesal dan azam tidak akan mengulanginya. Dan jika dosanya itu berkait dengan harta atau maruah orang lain nescaya ditambah satu lagi syarat yaitu mengembalikan hartanya atau meminta halal daripadanya. Berkata Imam Al-Hafiz Ibnu Hajar : التَّوْبَةُ فِي الشَّرْعِ تَرْكُ الذَّنْبِ لِقُبْحِهِ وَالنَّدَمُ عَلَى فِعْلِهِ وَالْعَزْمُ عَلَى عَدَمِ الْعَوْدِ وَرَدُّ الْمَظْلِمَةِ إِنْ كَانَتْ أَوْ طَلَبُ الْبَرَاءَةِ مِنْ صَاحِبِهَا Artinya : “Taubat itu ialah meninggalkan dosa kerana kejinya dan menyesal atas melakukannya dan berazam atas tidak mengulanginya dan mengembalikan kezaliman jika dia ada perbuat atau meminta halal dari tuannya.” (Kitab Fathul Baari) SESAL SEBAGAI SYARAT TAUBAT Telah diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas’ud r.a. daripada Nabi saw sabdanya : النَّدَمُ تَوْبَةٌ Artinya : “Menyesal itu ialah taubat.” (Hadith riwayat Bukhari pada At-Tarikh & Ibnu Majah) Dan diriwayatkan daripada Abu Said Al-Khudri r.a. secara marfu’ : النَّدَمُ تَوْبَةٌ، وَالتَّائِبُ مِنْ الذَّنْبِ كَمَنْ لَا ذَنْبَ لَهُ Artinya : “Menyesal itu adalah taubat dan yang bertaubat daripada dosa itu seperti orang yang tidak ada dosa.” (Hadith riwayat Al-Baihaqi) Dalam hadith-hadith ini disebut bahawa menyesal ialah taubat dan tidak menyebut akan dua lagi syarat taubat yang lain yaitu berhenti berbuat dosa dan azam tidak mengulanginya. Maksudnya setengah dari syarat taubat itu ialah sesal atau sesal itu adalah rukun taubat yang paling penting kerana sesal itu adalah pekerjaan hati yang mana apabila hati sudah menyesal maka membawa kepada berhenti sekelian anggota dari melakukan dosa. Berkata Imam Al-Munawi : الندم توبة أي هو معظم أركانها لأن الندم وحده كاف فيها وإنما كان أعظم أركانها لأن الندم شيء متعلق بالقلب والجوارح تبع له فإذا ندم القلب انقطع عن المعاصي Artinya : “Arti hadith sesal itu adalah taubat yakni sesal adalah rukun taubat yang paling utama dari kerana sungguhnya menyesal sahaja sudah memadai pada bertaubat dan keadaan sesal itu menjadi rukun taubat paling utama kerana sesal atas sesuatu itu berkait dengan hati dan sekelian anggota badan akan mengikut bagi hati. Maka apabila hati telah sesal nescaya terputuslah dari sekelian maskiat.” (Kitab Faidhul Qadir Syarah Al-Jami’ As-Saghir) Dan sesal itu adalah permulaan yang membangkitkan atas taubat nasuha. Berkata Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali : أن الندم لتعظيم الله وخوف عقابه مما يبعث على التوبة النصوح Artinya : “Bahawsanya sesal itu ialah kerana mengagungkan akan Allah dan takut akan siksa-Nya ialah dari perkara yang membangkitkan atas taubat nasuha.” Dan hendaklah diketahui bahawa sesal yang menjadi syarat taubat ini ialah sesal kerana telah derhaka kepada Allah bukan kerana lain. Berkata Imam As-Sanadi : (النَّدَمُ) أَيْ: عَلَى الْمَعْصِيَةِ، أَيْ: لِكَوْنِهَا مَعْصِيَةً، وَإِلَّا فَإِذَا نَدِمَ عَلَيْهَا مِنْ جِهَةٍ أُخْرَى كَمَا إِذَا نَدِمَ عَلَى شُرْبِ الْخَمْرِ مِنْ جِهَةِ صَرْفِ الْمَالِ عَلَيْهِ فَلَيْسَ مِنَ التَّوْبَةِ فِي شَيْءٍ Artinya : “Sesal atas berbuat maksiat artinya kerana perbuatannya itu adalah derhaka kepada Allah kerana jika tidak kerana Allah maka adalah sesalnya itu sebab yang lain seperti sesal minum arak sebab membuang harta maka tidaklah ini daripada taubat.” (Hasyiah ala Sunan Ibnu Majah) ALLAH AMPUN DOSA YANG PALING BANYAK Telah diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a. secara marfu’ : قَالَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ يَا ابْنَ آدَمَ إنَّكَ مَا دَعَوْتَنِي وَرَجَوْتَنِي غَفَرْتُ لَكَ عَلَى مَا كَانَ مِنْكَ وَلَا أُبَالِي يَا ابْنَ آدَمَ لَوْ بَلَغَتْ ذُنُوبُكَ عَنَانَ السَّمَاءِ ثُمَّ اسْتَغْفَرْتنِي غَفَرْتُ لَكَ وَلَا أُبَالِي يَا ابْنَ آدَمَ لَوْ أَتَيْتَنِي بِقُرَابِ الْأَرْضِ خَطَايَا ثُمَّ لَقِيتَنِي لَا تُشْرِكُ بِي شَيْئًا لَأَتَيْتُكَ بِقُرَابِهَا مَغْفِرَةً Artinya : “Allah Taala telah berfirman wahai manusia sungguhnya kamu telah meminta daripada Aku dan mengharapkan kepada Aku telah Aku ampunkan bagimu dosa yang terbit daripadamu dan tiada Aku kisah. Wahai manusia jikalau sampai segala dosamu itu setinggi awan di langit kemudian kamu meminta ampun daripada Aku nescaya Aku ampunkan bagi kamu dan tiada Aku kisah. Wahai manusia jikalau kamu datang kepada Aku dengan kesalahan sepenuh bumi sedangkan kamu tidak ada melakukan syirik kepada Aku suatu jua pun nescaya Aku berikan sepenuh bumi keampunan.” (Hadith riwayat Tirmizi) wallahua’lam ustaz azhar idrus
❤️ 👍 😢 🙏 😮 439

Comments