Ustaz Azhar Idrus
Ustaz Azhar Idrus
February 1, 2025 at 03:51 AM
HUKUM HINA ISLAM SOALAN : Apakah hukumnya seorang yang mengaku Islam tetapi dia menghina ajaran Islam dan bagaimana diuruskan jenazahnya kalau dia meninggal dunia? Bagaimana pula kalau dia menghina Islam itu bukan niat menghina Islam tetapi bergurau sahaja? JAWAPAN : Siapa sahaja dari kalangan orang Islam yang menghina Allah atau menghina agama Islam atau menghina Nabi sollallahu alaihi wasallam maka jadilah dia kafir keluar dari agama Islam dengan ijmak ulamak. Berkata Imam Ishak Ibnu Rahawaih : أجمع المسلمون على أن من سب الله أو سب رسول الله صلى الله عليه وسلم أو دفع شيئاً مما أنزل الله عز وجل أو قتل نبياً من أنبياء الله عز وجل أنه كافر بذلك وان كان مقراً بكل ما أنزل الله Artinya : “Telah ijmak olih sekelian orang Islam atas barang siapa yang menghina akan Allah atau menghina Rasulullah sollallahu alaihi wasallam atau menolak suatu yang telah diturunkan olih Allah atau membunuh seorang Nabi dari Para Nabi Allah maka sungguhnya ia adalah jadi kafir dengan yang demikian itu sekalipun ia menerima sekelian yang diturunkan olih Allah.” Dan begitu juga jika seorang itu mengina Islam dengan tujuan berjenaka atau bergurau maka jadilah dia kafir keluar dari agama Islam kerana perbuatan kufur itu jadi kufur samada sungguh-sungguh atau hanya gurauan. Menyebut olih Imam Az-Zarkasyi : من تكلم بكلمة الكفر هازلا ولم يقصد الكفر كفر Artinya : “Barangsiapa yang berkata-kata dengan perkataan yang mengkufurkan secara gurauan sahaja tidak dia berniat untuk kufur maka jadilah dia kafir.” (Kitab Al-Manthur Fil Qawaid) Maka mayat orang yang telah kafir itu tidak boleh lagi diuruskan sebagai mayat orang Islam yaitu haram disembahyangkan mayatnya dan tidak boleh ditanam di tanah perkuburan orang Islam. wallahua’lam ustaz azhar idrus
❤️ 👍 😢 😮 🙏 😂 598

Comments