Ustaz Azhar Idrus
Ustaz Azhar Idrus
February 3, 2025 at 04:04 AM
ARTI TUHAN DEKAT DENGAN HAMBA-NYA SOALAN : Ada ayat quran yang menyebut bahawa Allah dekat dengan manusia olih itu mintalah selalu dari Allah. Adakah maksudnya Allah dekat dengan manusia ialah Allah bertempat sebagaimana fahaman puak mujassimah? Di dalam Al-Quran Allah Taala telah berfirman : وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ ۖ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ Artinya : “Dan apabila hamba-Ku bertanya tentang Aku maka sungguhnya Aku ini dekat. Aku akan perkenankan permintaan orang yang berdoa apabila dia berdoa.” (Al-Baqarah : 186) Berikut ialah penjelasan dari ulamak-ulamak yang tafsir yang muktabar tentang ayat tersebut :- Berkata Imam Al-Qurtubi : قوله تعالى : فإني قريب أي بالإجابة ، وقيل بالعلم ، وقيل : قريب من أوليائي بالإفضال والإنعام Artinya : Dan firman Allah : Maka sungguhnya Aku ini dekat artinya memperkenankan doa atau artinya Allah mengetahui atau artinya Allah dekat dengan segala kekasih-Nya dengan memberi kurnia dan kelebihan.” (Kitab Tafsir Al-Qurtubi) Dan berkata Imam Fakhrurrazi : اعلم أنه ليس المراد من هذا القرب بالجهة والمكان ، بل المراد منه القرب بالعلم والحفظ Artinya : “Ketahui olehmu sungguhnya bukanlah maksud perkataan Allah dekat itu dekat dengan makna pihak atau tempat tetapi makna yang dikehendaki daripadanya ialah dekat dengan pengetahuan dan penjagaan.” (Kitab Tafsir Al-Kabir) Berkata Imam Al-Baghawi : فيه إضمار كأنه قال فقل لهم إني قريب منهم بالعلم لا يخفى علي شيء Artinya : “Pada ayat ini ada kiasan seolah-olah Allah berfirman : Katakanlah kepada hamba Ku itu sungguhnya Aku adalah dekat daripada mereka dengan pengetahuan yang tiada tersembunyi atas suatu jua pun.” (Kitab Tafsir Ma’alim At-Tanzil) Berkata Syeikh At-Tanthawi : فقوله - تعالى - : ( فَإِنِّي قَرِيبٌ ) تمثيل لكمال علمه - تعالى - بأفعال عباده وأقوالهم ، واطلاعه على سائر أحوالهم بحال من قرب مكانه منهم إذ القرب المكاني محال على الله - تعالى - . Artinya : “Firman-Nya : Maka sungguhnya Aku ini dekat adalah suatu misal bagi sempurna ilmu Allah Taala dengan segala perbuatan hamba-Nya dan perkataan mereka. Dan Dia memerhati akan sekelian kelakuan mereka daripada dekatnya kedudukkan daripada mereka dari kerana dekat yang dibangsakan kepada tempat itu mustahil atas Allah Taala.” (Kitab Tafsir Al-Wasith) KESIMPULAN Makna Allah dekat dengan hamba-Nya pada ayat tersebut ialah Allah sentiasa mengetahui dengan hal segala makhluk-Nya bukan berarti Allah ada di tempat yang dekat dengan hamba-Nya kerana tempat itu mustahil bagi Allah dan pegangan Allah ada pada suatu tempat itu bukan dari ajaran agama Islam. wallahua’lam ustaz azhar idrus
❤️ 👍 😢 😂 🙏 221

Comments