
Ustaz Azhar Idrus
February 7, 2025 at 06:27 AM
SOLAT PAKAI TELEKUNG NIPIS
SOALAN :
Kalau seorang perempuan solat dalam rumahnya dengan memakai kain telekung yang sangat nipis adakah sah solatnya itu?
JAWAPAN :
Menutup aurat adalah syarat sah solat yaitu dengan memakai pakaian yang tidak menampakkan warna kulit samada pakaian itu tebal atau nipis.
Berkata Imam Syairazi :
وشَرْطُ السَّاتِرِ مَا يَمْنَعُ لَوْنَ البَشَرَةِ
Artinya : “Dan syarat tutup aurat itu hendaklah dengan suatu yang menghalang akan warna kulit (dari dilihat).” (Kitab Al-Muhazzab)
Oleh kerana itu jika memakai seorang akan pakaian yang nipis yang masih dapat dilihat warna kulitnya dari luar nescaya sembahyangnya tidak sah.
Berkata Syeikh Ibnu Hajar :
وَيَجِبُ سَتْرُ العَوْرَةِ بِمَا لاَ يَصِفُ البَشَرَةَ، مِنْ ثَوْبٍ صَفِيقٍ، أَوْ جَلْدٍ، أَوْ وَرَقٍ، فَإنْ سَتَرَ بِمَا يَظْهَرُ مِنْهِ لَوْنُ البَشَرَةِ مِنْ ثَوْبٍ رَقِيقٍ ، لَمْ يَجُزْ، لأَنَّ السَّتْرَ لاَ يَحْصُلُ بِذَلِكَ
Artinya : “Dan wajib menutup aurat dengan pakaian yang tidak mensifatkan kulit samada baju yang menutup atau kulit atau daun. Maka sungguhnya menutup dengan suatu yang masih menampakkan darinya warna kulit seperti kain yang nipis tidak harus kerana bahawasanya tidak berhasil nama tutup dengannya.” (Kitab Minhaj Al-Qawwim)
Berkata Syeikh Khatib Syarbini :
وشرط الساتر) في الصلاة وخارجها أن يشمل المستور لبساً ونحوه مع ستر اللون
Artinya : “Dan disyaratkan menutup di dalam sembahyang dan di luar sembahyang itu ialah yang menutup auratnya dengan pakaian atau seumpamanya yang menutup warna kulit.” (Kitab Mugni Al-Muhtaj)
Adapun jika sudah tidak nampak warna kulit tetapi masih nampak bayang badannya maka solatnya itu sah.
Kesimpulannya jika solat dengan memakai baju yang nipis yang nampak warna kulitnya maka solatnya itu tidak sah kerana tidak dinamakan menutup aurat.
wallahua’lam
ustaz azhar idrus
❤️
👍
😮
🙏
😢
😂
552