Ustaz Azhar Idrus
Ustaz Azhar Idrus
February 16, 2025 at 05:39 AM
SUAMI TIDAK SETUJU ISTERI JUAL KERETA SOALAN : Isteri hendak jual salah sebuah kereta yang dia ada tetapi suami tidak benarkan. Jika isteri tetap menjualnya adakah sah jual beli tersebut? JAWAPAN : Isteri berhak menguruskan hartanya sendiri maka kerana itu sah seorang isteri menjual hartanya sekalipun suaminya tidak bersetuju kerana suami tidak ada kuasa ke atas harta isteri akan tetapi janganlah sampai membawa kepada perkelahian dengan suaminya dan berbincanglah dengan suami dengan sebaiknya. Berkata bekas mufti besar Negeri Mesir Syeikh Hasanain Muhammad Makhluf : للمرأة الرشيدة التصرف فى مالها كله ولا حقق لزوجها فيه. ذهب أبو حنيفة والشافعى وابن المنذر وأحمد فى إحدى الروايتين إلى أن للمرأة الرشيدة التصرف فى مالها كله بالتبرع والمعاوضة ولا حق لزوجها فيه، ولا يملك الحجر عليها فى تصرفها فيه كلا أو بعضا المفتي : حسنين محمد مخلوف. Artinya : “Harus bagi orang perempuan yang boleh mengurus diri menguruskan hartanya sendiri sekeliannya dan suaminya tidak ada hak pada hartanya itu. Telah berjalan oleh ulamak mazhab Hanafi dan Syafie dan Imam Ibnu Munzir dan Imam Ahmad dalam satu riwayatnya kepada bahwasanya orang perempuan yang boleh mengurus diri itu boleh berbelanja pada hartanya sekeliannya seperti melakukan kebajikan dan berjual beli dan tiada hak bagi suaminya pada harta itu dan tidak memiliki kuasa menahan atas isterinya pada menguruskan hartanya sekelian sekali atau sebahagiannya.” (Darul Ifta Mesir) wallahua’lam ustaz azhar idrus
❤️ 👍 😂 🙏 75

Comments