Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim

69.9K subscribers

Verified Channel
Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim
February 8, 2025 at 06:52 AM
Hari ini kita mengenang ulang tahun keputeraan sosok negarawan ulung, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Nama Almarhum Tunku tidak hanya terukir dalam sejarah sebagai Bapa Kemerdekaan Negara, sebaliknya sebagai simbol kesepakatan dan perpaduan yang menyatukan pelbagai kaum dalam satu identiti nasional yang harmoni. Keghairahan Almarhum Tunku dalam memastikan negara ini kekal aman dan harmoni harus terus menjadi inspirasi kepada kita semua, terutama dalam menghadapi cabaran masa kini. Dalam mengemudi Malaysia MADANI, saya berpegang teguh kepada nilai-nilai yang diwariskan Almarhum Tunku yakni perpaduan, integriti, dan keadilan buat semua selain bertekad untuk meneruskan perjuangan demi negara yang lebih sempurna serta makmur buat semua. Sumbangan Almarhum Tunku pastinya akan menjadi inspirasi untuk menjunjung nilai-nilai perpaduan dan keamanan yang telah membentuk kesatuan negara kita. Semoga legasi Almarhum Tunku terus menjadi panduan dalam usaha kita membina negara yang lebih baik untuk generasi mendatang. Mendoakan semoga ruh Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dilimpahkan sebesar-besar ganjaran ihsan dan rahmat Allah SWT. #malaysiamadani #madanibekerja
❤️ 👍 😂 😢 🙏 135

Comments