Anwar Ibrahim WhatsApp Channel

Anwar Ibrahim

69.9K subscribers

Verified Channel

About Anwar Ibrahim

WhatsApp Rasmi Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim

Similar Channels

Swipe to see more

Posts

Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim
3/1/2025, 7:49:33 AM

Alhamdulillah, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah mengumumkan kadar dividen yang gemilang, dengan jumlah agihan tertinggi dalam sejarah, yakni RM73.24 bilion. Malah, Simpanan Shariah juga melakar sejarah, dengan julung kalinya mencapai kadar yang setara dengan Simpanan Konvensional. Prestasi memberangsangkan KWSP ini dipacu kepesatan pasaran modal Malaysia yang mekar di tengah tantangan ekonomi global yang penuh dengan pelbagai cabaran. Pencapaian ini mencerminkan keyakinan pelabur terhadap dasar Kerajaan MADANI yang mesra pertumbuhan dan pelabur, disokong reformasi fiskal di bawah kerangka Ekonomi MADANI sekali gus memanfaatkan rakyat untuk pertumbuhan sejagat dan lestari. Dengan keyakinan yang semakin meningkat dalam ekonomi negara, Insya-Allah kita akan mara dengan penuh iltizam, memastikan manfaat pertumbuhan ekonomi dapat dirasai oleh seluruh rakyat. #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja

โค๏ธ ๐Ÿ‘ ๐Ÿ˜‚ ๐Ÿ˜ฎ ๐Ÿ™ 78
Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim
3/1/2025, 7:49:28 AM
Post image
โค๏ธ ๐Ÿ‘ ๐Ÿ˜‚ ๐Ÿ˜ข 37
Image
Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim
3/1/2025, 9:55:23 AM

Saya mendoakan kepada seluruh umat Islam di Malaysia agar diberikan kekuatan amal dan keyakinan taqwa dalam menghayati ibadah di bulan Ramadan al-Mubarak kali ini. Ramadan adalah madrasah tarbiah ruhiyah di mana setiap insan dididik, diuji dan dimurnikan selain menjadi tonggak penting dalam membina serta membentuk kekuatan dalaman umat. Di saat dunia dirempuh kegelisahan materialisme dan kehampaan spiritual, cahaya Ramadan hadir sebagai penyuluh yang menerangi hati dan akal. Perjalanan kerohanian dalam Ramadan ini antara lain sebagai memaknai erti iman, taqwa dan pengharapan, sebagaimana sabda Rasulullah SAW: โ€Žุนู† ุฃุจูŠ ู‡ุฑูŠุฑุฉ ุฑุถูŠ ุงู„ู„ู‡ ุนู†ู‡: ุฃู† ุฑุณูˆู„ ุงู„ู„ู‡ ๏ทบ ู‚ุงู„: ู…ูŽู† ู‚ุงู… ุฑู…ุถุงู† ุฅูŠู…ุงู†ู‹ุง ูˆุงุญุชุณุงุจู‹ุง ุบููุฑ ู„ู‡ ู…ุง ุชู‚ุฏู‘ูŽู… ู…ู† ุฐู†ุจู‡. ู…ุชู‘ูŽูู‚ ุนู„ูŠู‡. Daripada Abu Hurairah Rahiallahu Anhu, bahawa Rasulullah SAW bersabda: โ€œSesiapa yang mendirikan (menghidupkan) Ramadan, dengan penuh keimanan dan pengharapan, akan diampun segala dosanya yang laluโ€. Bulan ini juga penting dalam mengangkat dimensi sosial dan kemanusiaan dalam memupuk rasa prihatin kepada masyarakat yang kurang bernasib baik. Sewaktu kita mempunyai kesempatan beribadah, ada saudara kita yang masih berlindung di bawah runtuhan batu dan terus menjadi mangsa peluru tidak bermata. Sementalahan, falsafah tertinggi Ramadan menuntut setiap jiwa kaum Muslimin untuk melihat melampaui zahir serta menyelami ruh dan batin. Puasa tidak sekadar menahan nafsu lapar dan dahaga tetapi apa yang utama adalah menunduk keangkuhan, menyanggah kezaliman dan penindasan serta meredam ketamakan. Ia adalah latihan ketundukan, tidak hanya kepada syariat Allah SWT tetapi kepada hakikat bahawa kita makhluk yang lemah dan Tuhan itu Maha Segala. Lantas, mari bersama kita menyucikan hati dari kebencian dan membersihkan akal agar terbentuk insan yang lebih adil, lebih kuat ihsannya, lebih dekat kepada Tuhan serta sesama insan. Jangan lupa untuk jauhi pembaziran dan berusaha untuk kembali kepada Allah SWT serta mohon keampunanNya dalam setiap sujud agar kita semua beroleh berkah dan kesejahteraan. Ramadan Mubarak! ๐ŸŒ™

โค๏ธ ๐Ÿ‘ ๐Ÿ˜‚ 76
Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim
3/1/2025, 9:55:15 AM
Post image
โค๏ธ ๐Ÿ‘ ๐Ÿ˜‚ 43
Image
Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim
3/1/2025, 3:53:18 AM

Taklimat Harian Pejabat Perdana Menteri oleh Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah Facebook https://www.facebook.com/share/v/15qXiLPGsg/?mibextid=wwXIfr Instagram https://www.instagram.com/reel/DGpB_jGzgQh/?igsh=MW1vbW4xeTZ4cDV6bQ== X https://x.com/anwaribrahim/status/1895672194036089134?s=46 Saluran WhatsApp https://whatsapp.com/channel/0029VaJbBu79Bb61Q2kTAh1C Telegram https://t.me/anwaribrahim_official

โค๏ธ ๐Ÿ‘ ๐Ÿ˜‚ ๐Ÿ˜ฎ 44
Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim
3/1/2025, 7:49:22 AM
Post image
โค๏ธ ๐Ÿ‘ ๐Ÿ˜‚ ๐Ÿ˜ข 25
Image
Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim
2/28/2025, 12:13:32 PM

Satu persiapan kecil untuk bulan yang besar. Semoga bulan Ramadan kali ini menjadi madrasah yang terbaik kepada setiap jiwa kaum Muslimin. Ramadan Mubarak. ๐ŸŒ™

โค๏ธ ๐Ÿ‘ ๐Ÿ˜‚ ๐Ÿ˜ฎ ๐Ÿ™ 171
Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim
2/26/2025, 8:54:40 AM
Post image
โค๏ธ ๐Ÿ‘ 29
Image
Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim
2/26/2025, 8:54:43 AM

Tengah hari tadi sebelum pulang ke tanah air, saya berbesar hati tatkala melakukan kunjungan hormat ke atas Presiden Republik Sosialis Vietnam Jeneral Lฦฐฦกng Cฦฐแปng. Saya menzahirkan penghargaan atas layanan mesra serta menekankan kepentingan hubungan erat antara Malaysia dan Vietnam, khususnya dalam memperkukuh Perkongsian Strategik Komprehensif (CSP). Kami seterusnya bersetuju untuk memperkukuh kerjasama dalam pelbagai bidang, termasuk tenaga, halal, pendigitalan, kecerdasan buatan (AI), dan pusat data sebelum bulan Mei ini. Malaysia juga menghargai usaha Vietnam dalam menangani cabaran global dan dalam mengukuhkan kerjasama serantau, termasuk di peringkat ASEAN, APEC, dan PBB. Dalam perbincangan tersebut, saya menekankan kepentingan meningkatkan pertukaran maklumat dan lawatan peringkat tinggi, termasuk usaha bersama dalam keselamatan siber dan pertahanan. Malaysia menghargai dukungan Vietnam dalam isu Laut China Selatan dan komitmen bersama untuk memuktamadkan Kod Tata Laku (COC). Saya turut menerima jemputan Presiden untuk melawat ฤiแป‡n Biรชn Phแปง dan menzahirkan penghargaan terhadap keunikan sejarah serta kecekalan rakyat Vietnam dalam menyanggah imperialisme dan penjajahan seperti tercatat dalam lembaran sejarah dunia. Dengan kepimpinan dan keyakinan yang kukuh, saya percaya bahawa hubungan Malaysia-Vietnam akan terus berkembang demi manfaat kedua-dua negara serta menyumbang secara substantif dalam memungkinkan kestabilan serantau dan global. ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ป๐Ÿ‡ณ #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja

โค๏ธ ๐Ÿ‘ ๐Ÿ™ ๐Ÿ˜‚ ๐Ÿ˜ข 65
Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim
2/26/2025, 5:21:04 AM

Di ASEAN Future Forum 2025 pagi ini di Hanoi, saya menegaskan betapa masa depan ASEAN bergantung kepada keupayaan kita untuk bersatu sebagai sebuah ketumbukan yang dinamik, inklusif, dan berdaya tahan. Dunia hari ini berada dalam keadaan yang tidak menentu terutamanya persaingan geopolitik yang terus membengis, ketidakseimbangan ekonomi semakin ketara, dan pergolakan global lantas sering menggugat kestabilan rantau ini. Dalam mendepanu tantangan ini, ASEAN tidak boleh sekadar menjadi pemerhati atau hanya bergantung kepada penugasan yang diberi. Keutamaan ASEAN bukan hak mutlak, tetapi ia adalah satu keistimewaan yang perlu diperjuang dan diperbaharui melalui kesepaduan, tindakan kolektif yang berkesan, serta komitmen berterusan terhadap keamanan dan kemakmuran serantau. Dalam usaha membina ASEAN yang lebih kukuh, kita tidak boleh menafikan bahawa jurang pembangunan antara negara anggota masih besar. Sesetengah ekonomi ASEAN berkembang pesat, sementara yang lain masih berusaha mengejar kemajuan. Ini adalah realiti yang mesti kita tangani dengan serius. Kemajuan tidak boleh hanya dinikmati oleh segelintir, sebaliknya ia mesti dirasai oleh seluruh masyarakat di ASEAN. Kita perlu merapatkan jurang ini melalui kerjasama ekonomi yang lebih erat, memperkukuh rantaian bekalan serantau, dan memastikan setiap negara mendapat peluang yang adil untuk berkembang. Malaysia, berlandaskan kerangka MADANI, bersedia untuk menjadi pemacu dalam gagasan ini yakni dengan menekankan pelaburan hijau, pertumbuhan ekonomi yang mampan, serta pembangunan yang bersifat inklusif dan saksama. Selain itu, kita juga tidak boleh mengabaikan hakikat bahawa ASEAN berada di tengah-tengah persaingan antara adikuasa besar dunia. Ketegangan perdagangan antara Amerika Syarikat dan China, dasar perlindungan ekonomi, serta perubahan dalam landskap geopolitik global memberikan kedua-dua cabaran dan peluang kepada rantau ini. Persoalannya, adakah ASEAN bersedia untuk memanfaatkan perubahan ini, atau adakah kita akan menjadi mangsa kepada persaingan yang tidak berpihak kepada kita? Jawapannya bergantung kepada keupayaan kita untuk bertindak sebagai satu blok ekonomi yang bersatu, yang mempunyai suara yang jelas, serta dasar yang kukuh dalam memastikan manfaat pelaburan dan perdagangan global diagihkan secara saksama dalam rantau ini. Kita juga harus mengelak daripada bergantung terlalu banyak kepada satu pasaran atau satu industri sahaja, kerana ini akan menjadikan ASEAN lebih rentan terhadap kejutan luar. Sebaliknya, kita perlu memperkukuh kerjasama serantau, merancang strategi jangka panjang yang mengambilkira kepelbagaian dan keunikan setiap negara anggota, serta membina ASEAN yang benar-benar bersedia menghadapi cabaran masa depan. Ini pastinya menjadi detik yang menentu serta mencatur masa depan ASEAN. Kita bukan lagi sebuah rantau yang hanya mengikut arus perkembangan dunia, tetapi sebuah kuasa yang mampu mencorakkan hala tujunya sendiri. ASEAN memiliki potensi yang luar biasa besar, tetapi potensi ini hanya akan menjadi kenyataan jika kita benar-benar bersatu dan bergerak sebagai sebuah komuniti masyarakat yang teguh. Dengan iltizam yang kukuh, kesepaduan yang padu, dan semangat kebersamaan yang jitu, kita mampu mengharungi segala cabaran dan melakar sebuah era baharu yang lebih gemilang untuk ASEAN dan seluruh rakyatnya. ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ป๐Ÿ‡ณ #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja

โค๏ธ ๐Ÿ‘ ๐Ÿ˜‚ ๐Ÿ˜ข ๐Ÿ™ 67
Link copied to clipboard!