Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim

69.9K subscribers

Verified Channel
Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim
February 10, 2025 at 06:20 AM
Pagi tadi menerima kunjungan hormat daripada Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Komersial Arm Limited Will Abbey seraya diapit Menteri Ekonomi. Arm Limited ialah sebuah syarikat peneraju dunia dalam teknologi Unit Pemprosesan Pusat (CPU) yang berpangkalan di United Kingdom dan memberi fokus kepada pembinaan masa depan pengkomputeran. Ini termasuk peranan sebagai arkitek, membangun dan melesenkan penyelesaian hak harta intelek (IP) yang berprestasi tinggi, kos rendah dan cekap tenaga. Dalam pertemuan ini, kami bertukar pandangan mengenai arah tuju teknologi pengkomputeran agar Malaysia boleh mengukuhkan kedudukan dalam menjadi hub terutamanya terkait ekosistem semikonduktor dan pusat data. Pertemuan ini menjadi satu lagi bukti bahawa melalui dasar yang jelas seperti Strategi Semikonduktor Nasional dan lain-lain kelebihan, Malaysia berterusan menjadi tumpuan pelabur-pelabur luar. #malaysiamadani #madanibekerja
👍 ❤️ 😂 😢 🙏 82

Comments