
Anwar Ibrahim
February 10, 2025 at 12:07 PM
Hari ini Malaysia menyambut kunjungan Presiden Republik Türkiye Recep Tayyip Erdoğan yakni tidak hanya sebagai sahabat karib saya, malah sebagai seorang negarawan yang mencorak masa depan negaranya dengan impak yang tidak kecil kepada dunia.
Selama lebih dua dasawarsa, Presiden Erdoğan telah melonjakkan Türkiye ke era transformasi yang sangat luar biasa. Hari ini Türkiye bukan sekadar bertindak balas terhadap perubahan tata dunia, tetapi turut sama membentuk dan mengaturnya. Negara Türkiye tidak lagi sekadar menjadi pemerhati dalam percaturan geopolitik global tapi turut muncul dan bangkit sebagai antara adikuasa yang dihormati dan digeruni, tidak hanya di rantau Asia Barat, tapi di dunia juga.
Dalam ucapan aluan di Majlis Syarahan Umum Presiden Türkiye lewat tengah hari tadi, saya mengetengahkan hakikat ini selain mengalu-alukan kunjungan Presiden Erdoğan ke Malaysia.
Kunjungan ini akan dimanfaatkan sepenuhnya dalam melonjak hubungan akrab kedua-dua negara di pelbagai lapangan, selain memperkukuh semangat persahabatan kedua-dua rakyat Malaysia dan Türkiye.
Selamat datang ke Malaysia, Presiden Republik Türkiye Recep Tayyip Erdoğan dan isteri Emine Erdoğan!
🇲🇾🇹🇷
#malaysiamadani
#madanibekerja
❤️
👍
😂
🙏
77