Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim

69.9K subscribers

Verified Channel
Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim
February 12, 2025 at 10:36 AM
Rangka Tindakan Penuaan Kebangsaan perlu merangkumi pelan tindakan jangka masa pendek, sederhana dan panjang, lantas perlu dilaksanakan merentasi kementerian-kementerian dan agensi yang berkaitan. Perkara itu diputuskan sewaktu saya mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) Bilangan 1 Tahun 2025 usai pembentangan pada Kementerian Ekonomi hari ini. Mesyuarat juga telah diberi taklimat terkait prospek, cabaran dan keutamaan ekonomi oleh Bank Negara Malaysia. Natijahnya, penyelarasan dasar Kerajaan dalam mewujudkan keadaan ekonomi yang positif adalah amat penting, termasuklah ikhtiar pembaharuan struktur demi mewujudkan ketahanan ekonomi negara. #malaysiamadani #madanibekerja
❤️ 👍 😂 🙏 56

Comments