
Anwar Ibrahim
February 13, 2025 at 10:03 AM
Sewaktu sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat hari ini, saya maklumkan bahawa prestasi pasaran modal Malaysia kekal teguh berbanding rakan serantau yang lain.
Kendatipun berlaku keberentakan di pasaran global dengan perang tarif, asas ekonomi negara yang kian utuh telah menjadi benteng kepada kestabilan pasaran saham tempatan.
Pada sembilan bulan pertama tahun 2024, Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Malaysia melonjak sebanyak 5.2% dan mengatasi unjuran-unjuran penyelidik ekonomi.
Nilai pelaburan diluluskan yang meningkat 11% pada sembilan bulan pertama 2024 mencerminkan keyakinan pelabur langsung.
Desas-desus perihal penjualan saham oleh pelabur-pelabur asing telah dipolitikkan, sedangkan data peratusan pegangan saham pelabur asing di Malaysia agak stabil di lingkungan 19% daripada keseluruhan modal pasaran Bursa Malaysia.
Sehingga semalam, prestasi indeks utama Malaysia adalah kedua terbaik dalam kalangan indeks utama di negara-negara ASEAN-5 yang lain. Bagi pasaran bon pula, aliran belian bersih daripada pelabur luar adalah sebanyak RM1.555 bilion.
Saya juga maklumkan Ahli Dewan bahawa Kerajaan sentiasa mencari ikhtiar-ikhtiar baharu bagi menarik minat pelabur antaranya melalui Johor-Singapore Special Economic Zone (JSSEZ), perancangan sinergi ekonomi dengan Thailand selain menjadikan Malaysia di antara centre untuk ASEAN Energy GRID.
#malaysiamadani
#madanibekerja
Facebook
https://www.facebook.com/share/v/156HM7nawm/?mibextid=wwXIfr
Instagram
https://www.instagram.com/reel/DGAjlCyT6ql/?igsh=ZmNja2pkNHh0bngw
X
https://x.com/anwaribrahim/status/1889977904198742021?s=46
Saluran WhatsApp
https://whatsapp.com/channel/0029VaJbBu79Bb61Q2kTAh1C
Telegram
https://t.me/anwaribrahim_official
👍
❤️
😂
68