
Anwar Ibrahim
February 15, 2025 at 04:14 AM
Sejak lebih dua tahun diberi amanah mentadbir negara, Kerajaan MADANI merangka inisiatif-inisiatif baharu untuk memperbetul kepincangan dan merangsang pertumbuhan ekonomi negara.
Antaranya Johor-Singapore Special Economic Zone (JSSEZ) dan kerjasama pembangunan di utara Semenanjung bersama Thailand untuk melonjak pertumbuhan ekonomi di Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu serta empat wilayah selatan Thailand.
Kerajaan MADANI juga menerajui strategi Grid Tenaga ASEAN selaras peranan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN tahun ini. Inisiatif ini menghubungkan jaringan tenaga dari Vietnam, Laos, Kemboja, Thailand, Malaysia, Singapura hingga ke Indonesia dan Filipina. Sarawak diberi peranan penting dalam pembangunan hab tenaga serantau ini.
Forest City pula berpotensi sebagai pusat kewangan baharu dengan insentif menarik, sementara Kuala Lumpur akan memanfaatkan TRX sebagai hab kewangan utama.
Inilah antara formula Kerajaan MADANI. Indikator positif ekonomi Malaysia saat ini, yakni nilai pelaburan meningkat ketara, KDNK menggalakkan dan satu persatu syarikat gergasi dunia mengumumkan komitmen pelaburan, menjadi bukti formula Ekonomi MADANI membuahkan hasil.
Alhamdulillah.
#malaysiamadani
#madanibekerja
👍
❤️
🙏
😂
😮
66